Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Khamis, 27 Mei 2010
8

teater muzikal dr mahathir

Teater Muzikal Tun Mahathir yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 24 September hingga 4 Oktober ini melibatkan hampir 80 orang pelakon dan hampir 20 hingga 30 lagu akan dialunkan sepanjang tempoh pementasan serta memakan kos perbelanjaan hampir RM 2 juta.

Teater Muzikal Tun Mahathir ini telah mendapat kebenaran dari Tun Mahathir sendiri berpandukan surat balasan kebenaran yang diterima oleh Siti Rohayah Attan ( penerbit ) pada 1 Disember tahun lepas.

Teater Muzikal Tun Mahathir ini telah menjalankan sesi ujibakat pada 24 dan 25 April lalu di Istana Budaya namun belum pasti samada pihak produksi telah menemui pelakon yang memegang watak utama dan hanya akan didedahkan pada hari pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir nanti.

Teater Muzikal Tun Mahathir akan dipentaskan dengan harga tiket RM80, RM100 dan juga RM150 dan boleh ditempah melalui www.ticket2u.biz atau melalui Istana Budaya di talian 03 – 4026 5558.

Olahan artikel dari Kosmo Online, baca juga artikel saya sebelum ini iaitu Tun Dr Mahathir The Musical.




p/s:- Bekas perdana menteri yang lain ada juga ke teater muzikal?, kalau buat mesti best!

8 Komen disini:

zulkbo berkata...

salam..
jom kita layan
byk juga jasa Tun ni

Hafiz Yusof berkata...

my icon ni selain dato seri anwar

nurmisnan berkata...

aku pun nak pegi juga..

my idole...

Sufi Asri berkata...

mahathir kalo speech mmg power lah.. xleh nak bangkang dah..

walaupon aku x sokong mahathir betol2 pon, tapi aku tetap respect atas kehebatannya dalam speech.. skg nie yg pandai adalah anwar..

opss.. lari tajuk.. =P

akuvision berkata...

tu la zoro, hang dah lari tajuk. Tentang anwar tu no komen, heheheh

XYZ berkata...

sgt suka mahathir =) kerana skill dia bagi speeh... tip top... no need script... =)

wa cayalah.... =)

Tanpa Nama berkata...

salam, Tun Mahathir bukan sahaja dikenali dgn pentadbiran dan pengucapan awam yang dimilikinya,tetapi juga kebolehannya dalam bidang sains dan ekonomi juga amat membanggakan. Tidak ramai hamba ALLAH memilki kebolehan ini. Tun Mahathir merupakan seorang ikon dan idol yang perlu dicontohi oleh setiap rakyat malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Thanks :)
--
http://www.miriadafilms.ru/ купить кино
для сайта bilaakumenulisblog.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...