MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Isnin, 10 Mei 2010
3

electronicpetfeeder

Selamat petang di hari Isnin, pernah atau tidak anda pergi bercuti dan meninggalkan binatang peliharaan anda degan jiran untuk menjaganya buat beberapa hari?, mungkin ada yang pernah. Tapi anda pastikah yang jiran anda mengambil tahu perihal makan minum binatang peliharaaan anda itu seperti mana yang anda kehendaki? ( jiran - jiran jangan marah aaa ).

Satu kerisauan yang selalu saya dan anda fikirkan ialah tentang pemakanan, kalau tiada jiran takkan nak pergi bercuti bawa binatang peliharaan kan?. Maka disini dengan sukacitanya ingin saya memperkenalkan satu gajet untuk binatang peliharaan anda ( khas untuk haiwan ya, bukan
manusia ) iaitu mesin makanan automatik ( dengan nada pengenalan Doraemon ) atau dalam bahasa komersilnya ialah Precise Portion Electronic Pet Feeder.

Precise Portion Electronic Pet Feeder boleh memuatkan hampir 5kg makanan dalam bentuk bijiran kering. Namanya pun automatik, maka anda sebagai tuan boleh mengehadkan jumlah makanan dan berapa kalikah makanan akan dikeluarkan.

Precise Portion Electronic Pet Feeder ini disertakan dengan paparan LCD dan dikuasakan oleh tiga biji bateri bersaiz D. Sesuai untuk mereka yang kesuntukan masa dan suka terlupa nak bagi binatang peliharaan makan macam saya, hehehehe. Untuk penerangan yang lebih lanjut klik sini www.hammacher.com.

kucing

p/s:- Kelas biantang sekarang, diorang sekarang pun ada gajet best - best!.

3 Komen disini:

zulkbo berkata...

salam singgah sini..makan apa?...moga anda sihat dan ceria selalu

Aidi-Safuan berkata...

harga braper? kat malaysia dah ade jual?

akuvision berkata...

rujuk link yang disediakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...