Badan berbau, tahukah anda bau tersebut bukannya datang dari peluh semata - mata kerana peluh tidak berbau!. Tetapi apabila peluh ini bercampur dengan bakteria kecil yang di dapati dari daki dan sel mati pada kulit yang keluar dari kelenjar kulit. Inilah penyebab utama badan kamu berbau.
Tahukah anda juga bahawa badan manusia mempunyai lebih dari 3 juta kelenjar peluh, dan tempat yang selalu mengeluarkan bau badan yang tidak enak ialah di antara pelipat - pelipat badan seperti di bawah ketiak, di celah jari kaki dan juga bahagian sulit, tidak kurang juga dari mulut ( kerana bakteria mudah terbentuk di dalam mulut kesan dari tabiat jarang menggosak gigi, dan juga makan makanan lambat hadam ).
Jadi untuk mencegah badan anda dari berbau serta bau mulut yang busuk ( bak kata orang kita tungkik!, maafkan saya dengan perkataan tersebut ), baca langkah - langkah ini. Antaranya, hendaklah membersihkan diri dengan kerap, tukar pakaian yang bersih dan fikir tentang apa yang kamu makan. Kalau dah makan petai pandai - pandailah gosok gigi ya lepas tu!. Antara makanan lain yang menjadi penyebab ialah bawang putih, kari dan keju kerana ianya sukar dihadam dan menyebabkan badan berbau.
Seterusnya mengenai pakaian pula, pakaian yang dibuat dari fabrik semulajadi membantu kulit anda "bernafas" dengan senang dan megurangkan kadar peluh yang keluar dari kelenjar, Selain itu, penggunaan deodorent ( ubat ketiak kata orang kampung saya ), antiperspirant dan juga body spray digalakkan, kenapa ada tiga jenis?, pilih mana yang sesuai dengan keadaan bau badan anda.
Untuk kaki berbau, gunakan stoking jenis fabrik kapas ( cotton ) dan basuhlah selalu, janganlah sebulan lagi baru nak tukar, Itupun bukan tukar sebab berbau tapi sebab dah reput!. Anda boleh juga menggunakan deodorent kaki dan pelapik kaki di dalam kasut yang membantu kaki anda sentiasa segar.
Bau mulut pula boleh dielak dengan menggosak gigi dengan kerap sebaiknya selepas makan, dan juga banyakkan minum air. Ini antara langkah untuk mengurangkan bau badan, namun jika bau badan anda masih tidak kurang bawalah diri anda berjumpa doktor untuk meminta khidmat nasihat, kerana mungkin anda mempunyai kelenjar peluh hyper ( teringat pada mamak tebar roti canai dalam filem Senario dulu ).
p/s:- Agak - agak la, orang dulu - dulu masa tiada barang penjagaan badan ni diorang guna petua apa ya?
10 Komen disini:
orang dulu cakap kt aku, bdn diorang tak berbau sebab....
okey, aku kehabisan idea, hheheheh
org dulu2 guna cara semula jadi...
antaranya makan kulit limau kasturi..bila mandi...gosokkan badan dgn limau nipis kot..mc tu la serba sikit yg sy tau.. ;)
mereka dulu makan kulit limau kasturi. :)
mandi pakai limau purut. badan tak berbau. siyes. pastu segar je rasa...
limau purut tau. limau kasturi ngan nipis, buat air sedap. hee..
orang dulu, mandi bunga..harum la jadinya.. :)
Mandi 5 minit je mana badan tak berbau... Lain kali.. mandi tu sambun la bersih-bersih.. =)
orang dulu2 badan berbau semua buat dunno je..xde nak sound depan2..haha
bro, nice en3..ak smakin nampak perubahan ko..bgs3. ak ske bro. btw, mulut berbau 2 kdg2 klau cuci kerap xjadi gak ..kene wt scaling bru cuci betul.. tp ak ne penakut..so byk gune colgate plax..
hehehhe...macam dalam iklan ngko tu kan?
kene rajin mandi..hehehhe
orang dulu sumber makanan depa bersih..bukan macam kita, makanan penuh bahan kimia pewarna n pengawet segala..toksin banyak dlm badan, mybe sbb tu badan berbau..
orang dulu? segala macam bahan semulajadi depa guna utk kebersihan badan..
back to nature
Catat Ulasan