Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Jumaat, 14 Mei 2010
7

bett

Sedikit terkejut hari ini apabila Kementerian Kewangan memberi lampu hijau untuk Ascot Sport menawarkan perkhidmatan pertaruhan melibatkan sukan seperti bola sepak, bola keranjang, perlumbaan motor, tenis dan juga golf di negara ini. Vincent Tan dari Berjaya Corp telah membeli sebanyak 70% syer saham Ascot Corp dengan harga RM525 juta dan beliaulah yang bertanggungjawab dalam proses permohonan lesen pertaruhan di negara ini.

Walaupun isu ini bukan isu lapuk, ianya masih mengusik hati mereka yang beragama Islam di negara ini. Ia adalah satu isu yang sensitif kerana 2/3 penduduk negara ini majoritinya adalah beragama Islam dimana aktiviti yang melibatkan perjudian dan pertaruhan adalah haram. Namun mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan, kebenaran pertaruhan ini hanyalah untuk mereka yang bukan bersama Islam.

Boleh percaya ke orang Islam takkan terpengaruh dengan hal ini?, sedangkan perjudian yang melibatkan nombor ekor dan perlumbaan kuda yang ditegah turut menjadi penyakit buat orang Islam. Lihat sahaja muka - muka orang Islam yang beratur panjang di kaunter nombor ekor.

Sebelum ini menurut pemain industri perjudian, kerajaan sendiri rugi hampir RM20 billion setiap tahun melibatkan 90% daripadanya adalah pertaruhan bola sepak yang dijalankan secara tanpa lesen atau dalam etika perniagaan secara haram. Menurut mereka lagi ini cukup memberi kerugiaan yang besar bagi kerajaan.

Ascot dijangka akan memulakan perniagaan pertaruhan di Malaysia pada bulan Ogos akan datang, dimana ia akan ditawarkan di outlet terpilih dan melalui telefon kepada orang bukan Islam berumur 21 tahun keatas. Dalam masa yang Ascot turut memohon kebenaran kerajaan untuk melakukan perniagaan secara dalam talian.

Dalam isu yang sama, Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA ) turut menyelar tindakan kerajaan kerana memberi kebenaran lesen. Ini adalah kerana, kerajaan bertanggungjawab untuk menghentikan aktiviti yang melibatkan perjudian dan bukannya menerima faedah melaluinya. ini akan menyebabkan orang ramai terpengaruh untuk berjudi dan akan menimbulkan kesusahan di kemudian hari, lagipun Malaysia adalah negara Islam yang harus diangkat martabat Islamnya!.

p/s:- Macam - macam Malaysia sekarang, minta dijauhkan dengan rezeki yang melibatkan sesuatu yang haram.

7 Komen disini:

Mr feckry berkata...

gua rase sedih la dengan citer ni

A D I A berkata...

hmm motif menggalakkan mende camni kat mesia kan? selalu tgk org melayu masuk kedai nombor ekor kai helmet. buruk tul perangai!

iJaN berkata...

kalau xdiberi lesen pun, byk lg tmpt mereka boleh berjudi esp tmpt2 yang xde lesen...

kalau nk cegah, kena cegah org yg pegi berjudi tu...

Asma berkata...

malu la cmni..niat x menghalalkan perbuatan..yg haram tetap haram..nk manfaat dr lesen yg diberi, supaya negara x rugi..ape tu? sumber yg haram x akan berkat..

Hafiz Yusof berkata...

aper yg dah jadi ni..

huh..

rasa teruja dan nk pitam baca

linda musee berkata...

rasa malu n sedih dengan tindakan bgi lesen ni. haram tetap haram. nak maju dengan duit haram tu ?? insyaallah malaysia tak kan maju. malah makin jatuh. :(

Lt. fDanialz berkata...

weyh sensetif isu2 ni...

bila rasuah berleluasa, agama ditinggalkan, dan menghalalkan benda haram..

sedey woo.. yang bagi lesen tu orang islam tu sendiri..


Entry best : Mengingati Allah itu hati menjadi tenang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...