70% bumi diliputi air, begitu juga dengan tubuh kita. Jadi sekarang saya nak kongsikan satu ilmu yang berguna iaitu bagaimana mahu mengira pengambilan air untuk badan kita dalam sehari. Ada orang cakap lapan gelas sehari, tapi apakah sukatan sebenar lapan gelas tersebut?. Sukatan untuk segelas air ialah 8 ounces.
Ok, sebenarnya pengambilan air untuk setiap individu itu berlainan dari seorang ke seorang yang lain. Ianya lebih signikfikan dengan berat badan individu tersebut. Bagaimana mengiranya, ikut langkah - langkah ini:-
- Mula - mula timbang berat badan, catat pada satu kertas putih berat dan ambil kalkulator darabkan berat anda dalam kiraan pounds. Lihat pengiraan dibawah:-
Berat Saya dalam pounds = 57 x 2.205 = 125.69 pounds
- Jadi Berat Saya dalam pounds ialah 126 ( setelah dibundarkan ). Kemudian nombor ini dibahagiakn kepada 2 untuk mendapat nilai air yang perlu diambil dalam kiraaan ounces.
- Maka pengambilan air untuk tubuh saya setiap hari bagi berat badan 57 KG ialah, 63 ounces sehari. Untuk dalam kiraan gelas pula ialah:-
Jadi
63 ounces / 8 ounces = 8 gelas sehari
- Oleh kerana negara Malaysia tidak menggunakan kiraan dalam ounces, maka kita tukarkan ia dalam unit liter. Pengiraan dalam unit liter ialah:-
Maka
63 ounces / 33.82 = 1.86 liter air
- Oleh itu pengambilan air sehari untuk tubuh saya semasa berat 57 Kg, dalam pengiraan liter ialah 1.86 liter air dan dalam kiraan gelas ialah 8 gelas.
Persoalannya sekarang, apakah tanda - tanda tubuh iu kekurangan air?, disini saya serta antara tanda - tandanya :-
- Apabila anda berasa dahaga.
- Kelesuan tubuh, terutama pada cuaca panas.
- Kekeringan pada bibir dan kulit.
- Pening kepala atau terasa ingin pitam.
- Pembuangan air kecil yang sedikit dan kotor.
- Perut terasa kosong walaupun sudah makan.
4 Komen disini:
tu mungkin basic la tapi sebenarnya pengambilan air harus setaraf dengan pengeluaran dari tubuh melalui aktivit yang kita lakukan
wahhhhh...tq sharing this info..skrg chik da tau,chik memang kekurangan air dlm bdn..huhuu
betul tu, ini hanya pengiraan asas untuk keperlkuan harian
menarik ni. selalu dgr 8 gelas sehari air diperlukan..sy jenis yg minum sikit air huhu..kena ubah le ni tabiat
Catat Ulasan