Salam Jumaat buat rakan – rakan blog pada pagi hari Jumaat yang mulia ini. Kerajaan Pakistan mengambil langkah drastik dengan menghalang akses internet dari negaranya untuk memasuki dua laman popular iaitu Youtube dan Facebook pada hari semalam. Langkah ini diambil kerana kerajaan Pakisktan tidak bersetuju dengan satu pertandingan yang dianjurkan.
Pertandingan tersebut ialah The Everyone Draw Muhammad Day yang diadakan pada 20 Mei 2010 semalam, dimana para peserta akan melukis karikatur wajah Nabi Muhammad dan menghantarnya melalui laman sesawang Facebook.
Manakala Youtube dihalang kerana ada menyiarkan video - video yang ada kaintannya dengan pertandingan yang dianjurkan Facebook. Kerajaan Pakistan akan menghalang akses ke laman Facebook sehingga 31 Mei ini melalui petisyen yang ditandatangani oleh hampir kesemua peguam Islam di Pakistan dan memdapat arahan dari Mahkamah Tinggi Pakistan, namun akses ke laman Youtube tidak diketahui sampai bila akan dihalang.
Sebelum ini Pakistan turut pernah membuat perihal yang sama pada tahun 2008 dengan menghalang akses ke laman Youtube selama dua hari. Negara lain yang turut pernah mengambil tindakan begini ialah Turki, Thailand, Indonesia dan Maghribi.
Apa yang mengecewakan mengapa negara kita Malaysia sendiri tiada ura - ura mengambil langkah yang seperti ini?. Propaganda yang mempermainkan agama bukan sesuatu yang bagus, hanya menimbulkan perasaan benci dan dendam antara manusia. Tidak sudah - sudah cuba untuk menipiskan dan meruntuhkan tembok kesabaran di dada orang Islam.
22 Komen disini:
BETUL....saya setuju..
kita negara islam..sepatutnya kita lebih peka akan masalah ni..
bagus tul negara dorg ni..titik beratkan benda camni...respect tul...
negara kita?
hm
entahlah,nk komen lebih lebih nnt free2 kne tgkp.
Malaysia ada block ke?
bagus tindakan pakistan.gua setuju. negara pun kena ambil tindakan.
ada bagusnya..disekat ..sebab smua org leka dgn facebook
apa pon layan sini dulu
Tarik trafik guna backlink... jom kongsi tutorial d sini http://myvitrd.blogspot.com/2010/05/tips-tingkatkan-trafik-menggunakan.html
Aku rasa kat Malaysia tak sampai menda2 tu semua ader pihak yg menapis so sebab tu kita tak berapa tahu.. tapi kalau ada kita mesti bantah kan...
semalam ada lagi kat youtube, tiada di block lagi untuk dilihat oleh orang negara kita
malaysia blum block lagi..mungkin belum sampai barangkali..
kecoh isu ni sekarang,
Mungkin kerajaan Malaysia tak tahu kot... tak pun wat tak tahu...
malaysia kan mengamalkan dasar tak amek campur hal negara orang lain. tuh yang biar jer tuh
malaysia ni mmg slow bab2 sensitif macam ni.. Pemimpin pun buat dek je..
salam..fb ngan youtube nie memang melalaikan...tak percaya...layan sendiri......blog kena bagi info menarik dah...ada bloger buat cerita sex je ..nak laku kan
laku dengan menjaja cerita seks sampai bila?, tima kasih semua kerana komen disini
malaysia?
isu judi pon boleh jadi halal...
isu ini lagilah.. isk3...
maksud aku, malaysia negara sekular.. kerajaan x amik kisah menda nie..
sedangkan perdana menteri pon main facebook.. dia lagi la tak perduli..
kasihan kat nabi muhammad.. allahhuakbar !!
aku rs...kat msia ni susah sket nak block bcoz ade plbagai agama kat msia ni. trpulang pd diri kita sndiri utk join usaha murni pakistan...
aku dh ketagih blog skg ni...jrg bukak fb. so, aku dh kira menyokong usaha murni pakistan la...(^_^)
WORDZ-SPACE
(blog skema giler tahap gaban)
mungkin pemimpin malaysia mengambil langkah berhati2 dgn pelbagai kaum d malaysia
langkah berhati - hati memang perlu, tapi kalau diambil tetstimoni dari kalangan rakyat malaysia?, mungkin mereka akan bersetuju.
Mende ada baik dan buruk. amik yg baik buang yg buru, yg penting jgn addict
http://ohserius.blogspot.com/
Ermm..ade kluar kat berita tv tak.
kat paper malaysia ke ade kluar tak?
maaysia kalo xnak block pon at least kasitau la kat rakyat. ni dok senyap je..
rasanya tiada langsung kabar berita, ambil sikap diam diri pun jangan sampai dayus
cheap uggs NetWeiple
uggs for cheap NetWeiple
cheaperuggsonsale.tumblr.com NetWeiple
Catat Ulasan