MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Ahad, 16 Mei 2010
9

5.Hari Guru Peringkat Negeri Perlis Dirasmikan Raja Muda Perlis sambil diperhatikan Menteri Besar Perlis dan Pengarah Pelajaran Perlis.

Sambutan Hari Guru jatuh pada hari ini iaitu 16 Mei, Signifikan tarikh ini dipilih kerana pada hari ini di tahun 1956 Majlis Undang - Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi Persekutuan Tanah Melayu diketika itu ( rujukan dari www.moe.gov.my ).

Bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa" pada tahun 2010 ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari guru buat semua guru - guru di Malaysia yang tidak jemu - jemu mengajar anak bangsa untuk menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang.

Hari guru yang disambut mempunyai objektifnya yang tersendiri, antara yang diperolehi di laman sesawang www.moe.gov.my ialah mengangkat martabat dan peranan guru dalam pembinaan negara bangsa termasuklah dari istilah perpaduan dan integrasi. Keduanya untuk membuka mata masyarakat khususnya ibu bapa dan pelajar bahawasanya peranan guru besar jasanya. Itu antara objektif yang diintegrasikan dalam post saya ini, untuk objektif selanjutnya anda boleh layari laman utamanya.

Tanpa guru yang membentuk, tidak akan wujud para pemimpin, para pemikir dan masyrakat yang dapat menyumbang pada pembangunan negara. buat mereka yang bergelar guru, terima kasih kepada anda, bak kata pepatah "guru umpama lilin yang membakar diri", dirikan satu lilin di lapangan yang gelap biar cahayanya menerangi ruang.

Sekali lagi, selamat hari guru buat mereka yang bergelar guru!.

9 Komen disini:

zulkbo berkata...

"selamat menyambut hari guru"
buat semua para guru di dunia ni
siapalah kita yang berilmu tanpa
jasa para guru..guru sumber ilmu
pelita hidup..menerangi hati yang
kegelapan..

Fazrul Nizam a.k.a iJaN berkata...

slmt hari guru kepada semua guru di Malaysia..
walaupun sbnrnya xbrpa suka guru..kekeke..

Roronoa Zoro berkata...

selamat menyambut hari guru kepada guru yang baiuk2 sahaja.. yg ahat no komen.. lol~

Nuraisyyah berkata...

selamat ari guru buat guru2 satu DUNIA...jase anda sgt besar pd kami..hikhik..;p

cellular berkata...

Ikut mengucapkan selamat hari guru, mereka adalah salah satu pahlawan tanpa tanda jasa

sugar2 kapas strawberry berkata...

terima kasih cikgu!
selamat hari guru ;)

embun d tengah malam berkata...

selamat hari guru

akhatam berkata...

Wah lupa nih kalo sekarang hari Guru... Met Hari Guru ajah... Dan semoga makin sukses Guru-guru Indonesia!!

iqbalsyarie berkata...

jadi guru mg benar 1 kerjaya yg mulia~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...