MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Rabu, 19 Mei 2010
13

tomoko

Orang Jepun sekarang makin moden makin mengarut, yang terbaru diberitakan bahawa pasangan Jepun yang ingin berkahwin boleh dinikahkan dengan menggunakan robot seperti dalam gambar diatas.

Robot yang berfungsi sebagai pegawai nikah ini dikenali dengan nama I-Fairy. I-Fairy ini dihasilkan oleh sebuah syarikat Jepun yang diberi nama Kokoro. I-Fairy dikawal melalui alat kawalan jauh dan dalam masa yang sama ianya boleh bercakap dan mempunyai 18 titik artikulasi di tangannya,

Pengantin perempuan yang yang berkahwin dalam gambar bernama Satoko Inoue dan bekerja dengan Syarikat Kokoro manakala pengantin lelaki yang bernama Tomoshiro Shibato merupakan seorang professor robotik di Institut Sains dan Teknologi Nara.

Pasangan Jepun yang lain ingin berkahwin dengan cara ini perlu membayar USD 68000 kepada syarikat Kokoro untuk menggunakan khidmat robot I-Fairy. Lihat video perkahwinan pasangan ini dibawah:-

p/s:- Jangan ada orang kita yang terikut – ikut sudah la.

13 Komen disini:

encik tikus berkata...

Kalau boleh aku nak kahwin dengan robot.Wakaka :D

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

aduh..sah ke tak sah ni...huhuhu..camne lah..kalu mcm tu guna adik umur 5 tahun pun blh (kat jepun lah) sume nak robot nanti payah plak...

embun d tengah malam berkata...

mengarut sgt ni teknologi ni..

telebih moden sgt ni dorang..hahahha

rossoneri berkata...

eheee seb bek bukan kahwin dgn robot.dah la sblm ni ada org jepun kahwin dgn anime..adeiii,ni lah bahananya kalau negara tu terlalu maju.aspek moral,agama, budaya dah tak diendahkan.

akuvision berkata...

ada kes kahwin dengan mayat, tu lagi haru

fatin hanani berkata...

huishh pelik dah ehh skrg ni....
mcm 2 pn blh haeyyy

tirah watif berkata...

haha, takkan ada tok kadi robotik kan?
=)

rizputra7 berkata...

hebat2...tok kadi kat malaysia tak nak try ker cara baru nie hehehe

iqbalsyarie berkata...

menarik tuuuu!!!

gEe berkata...

kalau kat malaysia pun ade, tok kadi ngan tok imam kena pencen la pasni ye, dh xde job..

hbb berkata...

US$ 68.000 its expensive...

Roronoa Zoro berkata...

isk.. apelah korang.. kalo dalam islam.. hukumnya xsah.. hehehe..

mungkin diorang wat gini sebb nmpak moden n elegent.. nmpak maju sebb robot yg kendalikan perkahwinan.. hoho..

diorang xde agama xpalahh..

husnazainal berkata...

pelik la skg..
makin moden makin pelik..susah gak kalau canggih sgt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...