MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Jumaat, 21 Mei 2010
7

TAGGED

Sudah lama tak buat TAG, tiba – tiba malam semalam dapat mesej dekat shoutmix yang menyatakan saya telah di TAG oleh seorang blogger misteri. Blogger misteri itu ialah saudara RORONOA ZORO yang berada di alamat blog www.blogzoro.com yang menggunakan tagline ( ceh macam AF la pulak ) “ Aku BerBlog bukan untuk Popular “.

Walaupun nama saya diletakkan sebagai blogger tambahan namun ianya tidak mengapa kerana TAG ini begitu unik kerana kali pertama saya boleh berkongsi sesuatu mengenai perihal diri saya. Jika dilihat kebanyakan post dalam blog ini jarang menceritakan mengenai hal personal, dan inilah peluang anda untuk mengenali.

Namun sebelum itu, kita lihat dulu syarat – syarat untuk menjawab TAG ini:-

  1. Tulis 23 perkara rawak tentang diri anda ( samada fakta, impian atau imaginasi ).
  2. Sampaikan TAG ini kepada 5 rakan blog yang lain.
  3. Harus ikut peraturan, jika tidak TAG anda tidak sah!.
  4. Ikut segala yang ditulis diatas.

Trivia menarik mengenai saya:-

1. Dikenali sebagai AKUVISION, dan kini sebagai AV dalam dunia blogging.

2. Pernah membuat kurang dari 10 blog dalam 8 tahun kebelakang, termasuk melalui laman Friendster. Tiada satu kekal, hanya yang ini.

3. Seorang lelaki sejati you!.

4. Anak keempat dari 6 beradik, bongsu lelaki.

5. Suka memasak dan mengemas rumah.

6. Minat pada rekaan grafik, namun kekurangan bakat.

7. Kacukan Bidayuh dan juga Melayu.

8. Lahir di Sabah.

9. Pernah menetap di Sarawak, Kedah, Pahang, Sabah, Pahang dan Terengganu ( Apakan daya, anak Askar banyak posting ).

10. Kini menetap di Segamat, Johor.

11. Tidak bekerja.

12. Masih bujang.

13. Proud OKU yang berdaftar dengan JKM.

14. Berumur 27 Tahun.

15. Fanatik pada permainan siri The Sims, The Sims 2 dan The Sims 3.

16. Meminati nasyid sejak zaman belajar di UiTM Dungun.

17. Pernah merakamkan rangkaian lagu nasyid untuk Program Hari Raya di RTM Terengganu ( gelegik sokmo! ).

18. Fanatik pada manga dan anime SLAMDUNK!. Go Hanamichi Tensai!.

19. Minat pada Drama Korea FULLHOUSE, MY GIRLS.

20. Meminati Drama Jepun GTO.

21. Meminati siri FRIENDS, SUPERNATURAL, CHUCK dan HOUSE.

22. Pernah bercita – cita untuk menjadi Doktor. ( Bukan Doktor Cinta Ye ).

23. Sayalah Superman yang sebenarnya, hahahahahah!!!!

Huhuhu, khatam juga TAG ini. Sekarang terimalah terjahan TAG ini buat kamu yang berada dalam senarai di bawah:-

1. Liennasts.

2. Hawa.

3. iJan.

4. embun.

5. ashrafi.

p/s:- Agak – agak sesiapa yang nak boleh juga ambil. Bagi nama kat daftar komen ya?

7 Komen disini:

A D I A berkata...

23 perkara tu. hmm baru saya tau few facts about yourself :)

akuvision berkata...

thanks sis adia, kalau nak buat sudi - sudikanlah

Roronoa Zoro berkata...

Wahh! Suka memasak dan mengemas rumah.. hehe..

anyway, thx sebb jawab tag.. siap letak link blog gitu.. hehe..

thx u very much !! (^_^)

akuvision berkata...

nohal bro

Encik Tikus berkata...

teringat tag-tag yang tak di buat lagi hehe :D

akuvision berkata...

hehehe, saya pun byk tag yang blum dibuat

Mizz Tiera berkata...

Wah, minat the sims ek? Bule la share2. Susah nk dpt game ni kat trggnu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...