MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Rabu, 12 Mei 2010
5

mug

Selamat awal pagi buat anda di hari Rabu ini. Gajet yang ingin saya perkenalkan ini dikenali sebagai kole yang menunjukkan suhu dan sesuai untuk penggemar minuman panas seperti kopi misalnya, boleh didapati di kedai dalam talian Art Lebedev, dijual dengan harga USD28.

Ciri menarik kole ini ialah, ianya mempunyai sensor yang boleh mengesan suhu yang melebihi 36 darjah celcius dan bagus untuk anda melihat air minuman masih panas atau tidak. Kole ini direka oleh Iskandar Mukhamadeyev dari Jerman dan ianya diperbuat dari seramik dan mempunyai kapasiti isipadu untuk 300 ml dan bersaiz 10.5cm x 10cm x 12cm.

Menarik bukan?, walaupun ianya kelihatan kurang pratikal kerana ia tidak mengekalkan suhu tetapi rupanya yang mempunyai stail menjadikan ianya menarik untuk dijadikan hadiah. Gambar dibawah menunjukkan perbezaan antara apabila air panas dan air sejuk dimasukkan ke dalam kole ini.

cup-idea

p/s:- Ada sesiapa nak bagi hadiah kole ini dekat saya?, hehehehe

5 Komen disini:

REMEDY berkata...

gajet ni memang sesuai utk blogger yg sering berblogwalking di larut malam....

jane berkata...

uhukssss....seyes cam best)

Pensel Kontot berkata...

wah nak jugak....

best neh gajet neh

stingray berkata...

cantik, mana nak beli aa??
ko nak ke? bleh2... kalau ada source nak beli mana aku boleh belikan tapi kena join contest yang aku akan buat nanti laa ye hehe

Alynn Notnot berkata...

hebatnye! ade jual kat mesia tak kole ni? :O

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...