Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Isnin, 10 Mei 2010
16

Logo

Tahukah kamu betapa besarnya impak blog dalam dunia IT sekarang, jika dilihat hampir setiap golongan belia mempunyai blog mereka sendiri yang terdiri dari pelbagai kategori. Tidak kiralah ianya berkonsepkan informasi, peribadi, tutorial, berita, hiburan, sukan mahupun sebagai tempat mencurah idea dan pendapat.

Tahukah juga anda bahawa terdapatnya satu komuniti yang berusaha untuk menggabungkan kesemua jurublog golongan belia untuk berada di bawah satu komuniti?. Diasaskan oleh saudara Khaireel Azlee ( bekas peserta Ship For South East Asian Youth Program pada tahun 2008 ) dan beberapa rakannya, dan komuniti ini didaftarkan dibawah ROY, singkatan kepada Registry of Youth. Komuniti ini dinamakan ITYM iaitu singkatan kepada Information Technology Youth Movement.

Komuniti ini ditubuhkan khas untuk jurublog belia yang aktif berkongsi maklumat dan bersosial melalui saluran blog. Serba sedikit mengenai misi, visi dan objektif ITYM.


Apakah itu ITYM?

ITYM adalah singkatan kepada Information Technology Youth Movement atau dalam Bahasa Malaysia ialah Gerakan Belia Teknologi Informasi yang mana fungsi utamanya adalah untuk menyatukan golongan belia yang terlibat dalam aktiviti - aktiviti yang melibatkan IT, dalam konteks ini ialah belia - belia yang betindak sebagai jurublog yang meluahkan pendapat, luah rasa, berkongsi informasi dan maklumat menerusi blog - blog mereka sendiri.


Visi ITYM

Visi ITYM adalah untuk menjadi saluran utama agar suara golongan belia agar dapat didengari dan dihubungkan dengan agensi - agensi kerajaan. Belia yang menyuarakan pendapat dengan saluran yang betul bukan sahaja boleh didengari malah ianya membantu dari segi sosial, ekonomi dan struktur politik sesebuah negara itu.


Misi ITYM

Misi ITYM ini adalah untuk menghimpunkan kesemua belia dan pemimpin golongan belia untuk lebih rapat, samada saluran perjumpaan luar dan dalam talian.


Objektif ITYM

Objektif utama ITYM adalah untuk kesedaran bagaimana golongan belia boleh menyumbang sesuatu kepada negara menerusi internet terutamanya dalam saluran blog.


Itu serba sedikit maklumat yang saya perolehi mengenai ITYM, Adalah menjadi satu kebanggaan bagi saya sebagai seorang jurublog belia untuk mempunyai satu saluran yang boleh menyampaikan pendapat serta idea golongan belia kepada agensi kerajaan. Dalam suasana moral belia yang dipandang serong oleh sesetengah masyarakat, penubuhan ITYM melihatkan bahawa golongan belia juga harus memberi komitmen dalam turut sama membantu kerajaan memajukan negara ini supaya ianya setaraf dengan negara - negara lain.

Semangat malaysia boleh yang dilihat semakin luntur menyebabkan golongan belia memerlukan pemangkin atau pihak ketiga seperti ITYM untuk terus memberi pendapat dan idea yang bernas sekaligus ianya didengari oleh agensi - agensi kerajaan sendiri.

Bak kata perpatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Untuk menyertai ITYM dan memperoleh maklumat lanjut sila layari laman ini http://itym.blogspot.com/.



p/s:- Mari semua golongan belia kita berada bawah satu bumbung!.

16 Komen disini:

Abdul Hamid Lembah Bujang berkata...

cayalah.. nice post .. jom join contest 50 creative youth blog..

Pendekar melayu berkata...

teruskan!!! sungguh menarik ulasan anda.... :)))

akuvision berkata...

mari memeriahkan

rizputra7 berkata...

nice entry bro..ulasan yg cukup bagus

REMEDY KARUNG GUNI berkata...

bro pun join ker...aku doakan bro berjaya...nice entri bro...

Cikgu Dahlia berkata...

yeahhh....jom meriahkan :)

Mia Liana berkata...

nak join jugak...

akuvision berkata...

jom join reramai

- berkata...

wah! sana sini da ckp pasal ni
org x join lg ni
huhu >.<

darkbatman berkata...

gudluck bro..smoga terpilih.ahaha. aku hrp kite same2 dpt bro.

akuvision berkata...

hehehe...samalah, tiada salah mencuba

Unknown berkata...

tahniah
dah menang ;)

M!Er4N berkata...

Tahniah bro terpilih top 10 blogger creative youth blog :)

akuvision berkata...

trimasss semua!!!

Tanpa Nama berkata...

Home Made Skin Tag Removal - 5 Tips For Home Skin Tags Removal Do you have
problems with skin tags and don't know what to do. This article may be freely reprinted or distributed in its entirety in any ezine, newsletter, blog or website. You will find that your custom shapes are now available from the shape menu when you have the Custom Shape Tools selected.

Also visit my blog post; tea tree oil for skin tags ()

Tanpa Nama berkata...

When you have both skin tags as well as warts on your body, you can
use the skin tag removal products that will also help you to remove the
skin warts. This article may be freely reprinted or distributed in its entirety in any ezine, newsletter, blog or website.
The brown-slatted background in the image above really isn't part of the technique I was trying to demonstrate here.

Here is my web page :: skin tags on neck

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...