MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Sabtu, 22 Mei 2010
12

cellphone

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, sari pati ayam berita penting. Mula – mula berita bosan…..

Selamat pagi semua, ketika ini saya dalam perjalanan ke Melaka atas urusan tertentu, jadi tidaklah dapat saya membalas lawatan. Tunggu petang atau malam ini Insya Allah saya akan membalas lawatan,

laptop

Diharap anda sihat pada pagi ini dan ceria selalu, pagi ini ingin saya berbicara mengenai Keperluan atau Kemahuan?. Seperti anda tahu dalam menuju zaman yang berteknologi tinggi dan era IT, kebanyakan gajet atau alat yang dulunya satu kemahuan telah menjadi keperluann.

Telefon bimbit misalnya, jika 10 tahun yang lepas ianya masih menjadi fenomena baru tetapi tidak sekarang. Hampir setiap orang mempunyai telefon sendiri. Begitu juga dengan komputer riba, hampir setiap dari mereka yang melanjutkan pelajaran akan memiliki sebuah komputer riba untuk tujuan pembelajaran.

dslr

Trend terbaru dewasa ini ialah kamera DSLR, dimana ini membolehkan setiap orang mengekpresikan cabang artistik mereka. Tapi ianya masih dilihat sebagai satu kemahuan, siapa yang mampu tidak salah untuk memilikinya.

Tidak juga terkecuali dengan penggunaan internet, dalam dunia arus info hanya dihujung jari akses internet dilihat sebagai satu keperluan harian yang perlu di akses. Namun harus diingat jangan berlebih – lebih dalam melakukan sesuatu. Manfaatkan kemajuan dengan sebaiknya.

www


p/s:- Sekian post pendek pada pagi ini. Wassalam dan selamat sejahtera.

12 Komen disini:

Roronoa Zoro berkata...

kalo internet, mmg keperluan.. kalo blog.. x kot.. hobi.. hehe

Roronoa Zoro berkata...

assalamualaikum... tadi aku blogwalking.. ada sorang blogger kutuk2 ko.. cuba tgk.. aku bukan nak api2kan.. tapi juz nak bagitau.. harap bawak bersabar banyak2 k.. waraskan fikiran anda...

http://hellioz.blogspot.com/2010/05/muka-muka-hipokrasi-follower-tegar-yang.html

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

hp = keperluan
lappy = keprluan
kamera = kemahuan (hp dah ada kamera)
internet = keperluan

zulkbo berkata...

salam..
rasanya semuanya
keperluan..tapi bergantunglah
pada kemampuan..

mizzura berkata...

tak payah canggih sangat kalau tak mampu..janji ada...:-)

asfz lily berkata...

semua nya telah bertukar drpada kemahuan kepada keperluan..
ahaha

ellis suriyani berkata...

ehem..rasenye..shahir menang x malam ni?

iqbalsyarie berkata...

semua ialah kemahuan jika tiada garis panduan...

gades ain berkata...

mahu kamera ituh! haaa. kemahuan. bukan keperluan ;D

sugar2 kapas strawberry berkata...

sy mmg mahu DSLR!

keinginan shj..

nti keje sy nk beli 1. :)

fndrocka berkata...

revolusi teknologi tu sendiri akan merubah kemahuan kepada keperluan

Tanpa Nama berkata...

Je veux, il est facile de changer les couleurs de modèle; une zone de la galerie; calendrier et bien sûr la région de blogging devrait être facile à gérer / mettre à jour. Des noms et des liens serait grandement apprécié ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...