Tidak kurang dari 6 jam pada setiap hari boleh mengakibatkan kematian awal?, betul ke?. Ramai orang kata ajal maut di tangan tuhan, tapi bagi saya kalau kita tidak menjaga kesihatan perihal tidur ini ada betulnya juga.
Mengikut kajian yang dilakukan, terdapat bukti yang mana corak tidur yang abnormal seperti tidur
yang tidak cukup boleh memendekkan jaga hayat tubuh. Keputusan kajian ini adalah hasil analisa data dari 16 kajian yang di lakukan di Eropah, Amerika dan juga Asia selama 25 tahun serta melibatkan lebih 1.3 juta manusia dan lebih 100 000 ribu kematian.
Hasil kajian hasil penyelidikan ini telah dilakukan oleh Universiti Warwick dan Fakulti Perubatan Universiti Federico II yang terletak di Naples malah hasil kajian telah diterbitkan dalam jurnal perubatan yang bertajuk Sleep.
Menurut ketua penyelidik kajian iaitu Professor Francesco Capuccio ( macam Capuccino la sekali ), jangkamasa tidur yang singkat menjadi sebab kenapa seseorang itu sakit manakala jangkamasa tidur yang panjang menunjukkan seseorang itu sakit. Maka jangkamasa tidur hendaklah bersesuaian, disarankan 6 hingga 8 jam sehari. Antara penyakit yang dikaitkan dengan keadaan ini ialah sakit jantung, tekanan darah tinggi, obesiti dan diabetis.
Jadi malam ini anda hendaklah mendapat tidur yang cukup kerana ia turut menjadi kayu pengukur untuk kesihatan anda. Seperti kata orang bijak pandai, mencegah itu lebih baik dari merawat. Artikel ini telah diolah semula dari laman sesawang guardian.co.uk.
p/s:- Ingat malam ni, kalau buat blogwalking tu janganlah sampai lewat sangat tidur.
15 Komen disini:
tak de masalah bab tidur
jarang sgt melepasti 12 malam
selalu anak tidur kul 10 ,mak dia pun sama..hehe
p/s - terimakasih singgah blog kak jie
kalau tak cukup tido boleh jadi bad mood woo. tapi makin berusia tidur makin kurang. standard la tu.
alamak..takut aku..aku dah la ari2 kurang tidur..tidur lewat
lu punya info bagi gua cuak je
huhuu.. ta sgke! :p
huhu.. xde maknanya cukup tido klau dah ada baby ni.. hehe..
cuak ke mr frecky? heheheh, jagalah kesihatan kita demi keluarga.
p/s:- kak jie terima kasih kerana komen.
hehe.. ada gak yg mati sebab terlebey tidoq.. so berpada-padalah dalam apa yg kita lakukan.. hehe
Kalo tido cukup 8 jam atau lebih..
tp bukan ikut time...camne pulaks ek?
itu macam tak ikut corak yang betul tu, 8 jam diwaktu malam sebaiknya kerana dalam gelap tubuh dapat menghasilkan satu hormon yang menyebabkan badan kita tenang. Kalau boleh dapatkan tidur yang lena diwaktu malam.
wah blog aku juga pernah posting ini ^_^ memang bahaya katanya ya ^_^
ish x leh jd ni...pasni kena tido cukup2 la...
aku ade dgr jugak ni
huhu
kalo terlebeh tido takde eh?
haha
huiyai...xcukup tido pon leh mati ek?
tatau la plak..sye mau cepat mati lah...(haha...gile ke ape?)
ooo men.. ye ke???adoyai..gerun nieh..uhuhuhu
Catat Ulasan