Agak terkejut pagi ini apabila membuka blog dan mendapat mesej di shoutmix mengenai saya mendapat awards dan gelaran terbaru. Dalam tempoh dua bulan menulis blog ini, buat pertama kali saya akuvision aka av digelar sebagai seorang blogger hipokrit oleh seorang blogger misteri.
Tidak perlu saya letakkan nama dan link blog tersebut kerana tidak mahu perkara yang lebih buruk berlaku, malah ia melanggari pendirian saya sendiri untuk mengaibkan orang lain. Mungkin ada yang mengetahui melalui blog walking pada hari ini, saya tidak boleh berkata apa kerana blog adalah hak individu.
Saya dituduh hipokrit kerana membuat komen di entry dua blog yang berbeza. Untuk pengetahuan umum, ini adalah kali pertama saya masuk ke dua buah blog ini malah saya tidak pernah memberi komen serta menjadi follower kepada kedua - dua pihak. Lihat paparan komentar yang saya tuliskan di dalam kedua blog ini:-
Untuk pengetahuan yang memberi gelaran hipokrit ini, saya tidak kuasa untuk membodek ke dua - dua pihak. Untuk penjelasan, komen yang pertama ditulis hanyalah sindiran buat pemilik blog, sindiran sarkastik yang hanya ingin membuat si pemilik blog berfikir.
Manakala komen pada blog yang kedua pula ( sekali lagi untuk peringatan, ini adalah kali pertama saya masuk ke blog ini dan membuat komen serta tidak pernah menjadi follower ) lebih kepada pertanyaan, apakah yang menyebabkan blog beliau dikutuk dalam sesetengah blog dan menasihati dalam nada pertanyaan "tidak bolehkah
berblog dengan aman damai diorang ni?".
Sebagai blogger baru, saya tidak pernah ambil kisah dengan pertelingkahan kedua belah pihak ini dan jauh sekali untuk menjadi pembodek lalu dituduh sebagai hipokrit. Sekali lagi diingatkan komentar yang saya lontarkan hanyalah sekadar sindirian, cuma mungkin si pemilik blog tersalah duga sebagai pembodek talam dua muka. Minta maaf jika ada yang terasa.
p/s:- Agak – agak pungguk rindukan bulan tak malam ni? hahaha. Tapi yang pasti saya dapat backlink percuma di main frame blog yang memberi awards hipokrit tersebut.
25 Komen disini:
hmmm,cuak pulak bila liaht bende nih.hmmm
cuak ke encik tikus, adat berblog memang begini. kadang apa yang kita tulis tu orang kurang fahami
hmm.. blogger nie sebenarnya manusia jugak.. mmg ada manusia yg suka memaki dan kurang ajar.. dulu aku ingt blogger nie baik2 belaka.. skg baru tahu dunia sebenar.. huhu~
mungkin kamu terlalu famous kowt. Ada yang mahu cuba untuk menjatuhkan kamu....sabar je la...=)
haha..tak pasal2 dapat award tu.kesian
kes terdesak je tu.. mudah mudahan dia sedar ..
ermmm..memang tak aman la macam ni nak berblogging... :)
ha? apa yg terjadi?
=/
tiada apa, hanya curahan rasa kurang enak di dinding hati
hmmmmm... mcm2 perkara berlaku dalam berblog. apa yg penting kalau kita rasa kita tidak seperti yang di ceritakan maka diamkan jelah..
bila baca kes mcm ni aku jadi tak syok plak. tak suka bermusuh.. =( suka berkawan.. =)
I guess everyone is entitled to their own opinion.. who are we to judge who is being sincere and who is a hypocrite.. (esp when the words are all typed, makes it a hundred times harder to guess the intonation, connotation and subtext).. I'm sorry to hear that someone accused you of it.
"Kalau orang mengata kita, sayang dia. Kalau orang maki kita, sayang dia. Sebab kita ni, sapa yang punya? Allah" -Pensil the Movie
betul tu, saya tak marah pada mereka cuma terkilan btw suka filem pensil
aku tgk je semua sambil geleng2 kpala. tak bagi komen. hehe.
Salahkanku Jangan Salahkan Ku
Kasihani aku Kau Lupakan Aku
Mana Satu Kujadi Keliru
aku Makin Keliru
kang kadang perkara ni tak dapat di elak bila rasa kurang senang..
but ambil yang keruh buang yang jernih membuatkan lebih parah
jka ambil yang jernih buang yang keruh maka kembali beraman damai... kira abaika lah perkara yang lalu tu aje
~~~@@@~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
heheheh siap ada lirik lagu lagi, cara tu
Kena follow dulu ka baru abang baju putih tu sudi review? kena review blog dia dulu ka baru abang baju putih tu nak review? tak hiprokrit ke tu? biarlahh pembaca tu datang sendiri dalam blog kita. biarlahh pembaca tu sendiri berminat nak jelajah habis blog kita tu. itu lebih baik. tak payah kot nak kejar traffik kencang. thats my opinion :D
.peace :D
good point di situ amoi.
wow... label yg ganas 2... berblog kena ada pendirian... betul x akuvision??. yg paling penting tentukan mat;amat mengapa kita berblog, ada yg nk kongsi cita, ada yang nk buat duit, ada yg nk jadikan sbg diari kehidupan, ada yg nk kongsi bahan.. mcm2 lg la. aku respect sama kamu la brother sbb kamu xcepat melatah... teruskan carier sbg blogger... ehehhe =)
Terima kasih. Tak guna melatah, ianya hanya mendedahkan kelemahan kita. Kalau cepat melatah tak kemana, betul tak? hehehehe
inilah dunia blog!
hihihi
bro, adat berblogging biasa la cmne.. xleh pk sume org pk cm kite. hehe. kdg2 terlebih excited utk blogging kot? ahaha. be cool yeah!!
haha..tahniah kat av dpt backlink free..=p
tp mmg bese la bak kate darkbatman..adat dunia blogging. bkn kate blogging la..mmg lumrah dunia.
rambut sama hitam tapi hati lain2.
hello bro, memang byk benda2 yg kdg2 menyentuh hati dlm berbelog tapi lebih baik buat dono/tak tau saja..tabahkan hati & moga terus success..
heh.. sabo jekla... senyum saja ya! :D
nice share
Catat Ulasan