Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Selasa, 11 Mei 2010
8

global-warming

Sana - sini orang seirng bercerita tentang kepanasan global. Isu kepanasan global sering menjadi topik hangat bila ianya dikaitkan dengan cuaca yang tidak menentu, lebih - lebih lagi dengan keadaan kemarau yang berpanjangan sekarang di sesetengah tempat di negara kita sendiri.

Terbaca saya satu artikel berita di laman sesawang Bernama tadi, menyatakan separuh dari bumi akan menjadi terlalu panas bagi habitat manusia kurang dari 300 tahun akan datang. Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis yang berpangkalan di University of New South Wales Austalia mendapati cuaca akan berubah dengan drastik dalam masa 3 kurun yang akan datang dimana ramalan skala masa ini lebih lama berbanding kajian - kajian lain yang melibatkan isu yang sama.

Para saintis tersebut juga menjangkakan tanpa usaha atau tindakan dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, purata tahap kepanasan yang meningkat ialah sebanyak 10 hingga 12 peratus menjelang tahun 2300.

Kepanasan global memang satu isu yang harus dipandang serius dan langkah pencegahan perlu dambil kini kerana kesannya adalah pada generasi kita yang akan datang. Mahukah kita lihat anak - anak kita akan datang merasa cuaca yang tidak menentu. Mudah untuk kita memberi sokongan lisan terhadap kempen mengurangkan kepanasan global namun tindakan itu tidak seiring dengan perbuatan.

Kesan pemanasan global bukan hanya pada kita manusia, tapi pada seluruh kehidupan yang berada di atas bumi. Ingat manusia dijadikan khalifah di muka bumi untuk memeliharanya bukan menghancurkannya. Biar tindakan kita sedikit, namun jika semua orang melakukan tindakan ianya tentu sedikit sebanyak memberi impak yang positif.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kepanasan global ialah:-


- Kurangkan penggunaan alatan elektrik yang boleh membebaskan gas hijau contonhyna peti sejuk yang membebaskan gas CFC dan lampu yang membebaskan 300 pound gas karbon dioksida setahun.

- Ikuti langkah 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle. Maksudnya amalkan gaya hidup kitar semula.

- Tanam pokok kerana pokok menyerap karbon dioksida melalui proses fotosintesis.

- Guna alatan elektrik yang menggunakan tenanga dengan efisyen contohnya temostat pada penghawa dingin yang mengubah suhu secara automatik.

Itu sebab sedikit langkah yang boleh diamalkan oleh kita dalam tindakan kecil kita terhadap isu kepanasan global. Biar langkah kita itu dilihat kecil, namun impaknya besar dimasa akan datang. Ada langkah lain yang boleh anda syorkan?

p/s:- Teringat masa dulu, kumpul tin minuman untuk dapatkan duit.

8 Komen disini:

Norul Malakiah Sidek berkata...

dunia da nak kiamat da

Haffiz Al-Banna berkata...

aku di sini masih sejuk..haha

ENCIK TIKUS berkata...

Tadi tengahari dekat ofice panas giler.Bile masuk petang sikit lebat giler ! Pelik betul

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

dulu pernah kaji pasal global warming mmg takot lah tgk kesan akan datang...

Fia Abas berkata...

panas betul skang..seb baik umah fia xpanas sgt kalo x hmmm xtaula cmne nk idup =)

Hafiz Yusof berkata...

skang ni..orang duk tarah pokok banyak...huhuhu

rutikeben berkata...

duk amereka sejuk ckit huhuhuh

Unknown berkata...

Disebabkan pemanasan ini, try tengok suhu badan
http://termometer-digital-suhu-badan-bbt.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...