Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Khamis, 30 September 2010
3

framed

 

Jika dilihat dalam sedekad yang lalu, antara industri yang paling mendapat sambutan dalam arus dunia digital yang pesat membangun ialah industri pembikinan / pengeluaran telefon selular atau lebih dikenali dengan telefon bimbit.

Apple sebagai sebuah syarikat komputer yang dominan sebelum ini mengambil langkah yang bijak dengan mengeluarkan model telefon mereka yang dikenali sebagai iPhone. Dan dengan mengeluarkan iPhone 4, Apple sekali lagi menunjukkan pada dunia bahawa mereka begitu serius dalam usaha untuk menguasai era pembikinan telefon pintar yang meliputi semua aspek kehidupan ( iPhone 4 life ) manusia.

Naluri manusia yang sentiasa ingin berhubung antara satu sama lain, menjadikan setiap teknologi baru yang ditawarkan oleh pengeluar telefon bertepatan dengan kehendak naluri ini dan untuk iPhone 4 ia telah berjaya dalam aspek ini. Membawa hiburan dalam hanya satu peranti yang membolehkan kita mendengar lagu, melihat video klip, berbual melalui panggilan suara dan video, SMS, MMS, bermain permainan video, melayari internet dan merakam memori indah yang diabadikan melalui kamera 5MP iPhone 4 itu sendiri. Semestinya iPhone 4 harus menjadi pilihan anda jika inginkan telefon yang meliputi semua aspek kehidupan.

 

facetime“Panggilan Video iPhone 4 dengan Facetime” 

 

retina-display-for-life “Teknologi Retina Display di dalam iPhone 4” 

 

Secara terperinci iPhone 4 mengaplikasi sistem Retina Display yang turut diaplikasikan ke dalam produk Apple yang lain sebelum ini iaitu iPad dan Apple LED Cinema Display. Dengan memaparkan 326 piksel per inci, ia menjadikan grafik dan teks di skrin iPhone 4 lebih jelas pada mana - mana saiz. Rujuk gambar di atas untuk perbandingan antara iPhone 4 dan model sebelumnya.

 

multi“Konsep Multi – tasking melalu iPhone 4” 

 

Salah satu aspek penting dalam iPhone 4 yang signifikan dengan kehidupan manusia ialah kebolehan ia untuk multi tasking. Anda boleh menukar dari satu aplikasi ke aplikasi yang lain dengan pantas, seperti mempunyai satu komputer mini anda boleh mendengar lagu sambil melayari internet atau menyemak email.

Selain itu telefon iPhone 4 turut membolehkan anda merakam video dalam format HD, dan melalui iPhone 4 anda boleh terus mengedit video yang dirakam dan menghasilkan video klip melalui aplikasi iMovie yang dimuat turun ke dalam telefon iPhone 4 itu sendiri, lalu boleh dihantar kepada rakan – rakan anda atau ahli keluarga mungkin. Ini sungguh memudahkan pengguna kerana tidak perlu untuk muat masuk fail yang dirakam dari peranti rakaman ke dalam komputer dahulu untuk proses edit.

 

 

Lapisan cermin yang digunakan untuk Paparan Retina ini ( Retina Display ) dihasilkan melalui material yang diperkuatkan secara tindak balas kimia, kalis calar dan lebih tahan lasak. Malah ia juga dilengkapi dengan oil-resistant coating yang membantu skrin untuk sentiasa bersih. Retina Display turut mempunyai ambient light sensor yang berfungsi untuk merubah kejelasan skrin secara automatis untuk keselesaan melihat paparan dan jangka hayat bateri.

Itu cerita ringkas mengenai iPhone 4 dalam aspek kehidupan.

Menyentuh mengenai pembekal telekomunikasi mudah alih pula, di Malaysia Digi dilihat sebagai salah satu pembekal yang dilihat aktif dalam mendekati pengguna. Lihat sahaja iklan - iklan Digi, ianya pasti dapat mencuit hati mereka yang melihat. Anda tentu masih ingat dengan iklan orang kuning yang menjadi trademark Digi sehingga kini, dan secara peribadi saya meminati iklan digi yang saya sertakan di bawah ini ( Dengan hanya berhubung melalui telefon kita boleh memujuk hati orang lain ).

 

 

Berpandukan moto Always The Smarter Choice, Digi sentiasa menawarkan promosi dan pakej yang berpadanan dengan citarasa dan tahap ekonomi pengguna. Ianya mampu milik dan tidak membebankan pengguna. Dengan matlamat Digi Widest Coverage, Digi kini sudah mampu bergerak lebih maju dan berani berbanding pemain industri yang lain. Khas untuk pakej Digi Iphone 4 yang mampu milik, anda boleh rujuk pada pautan ini Digi Iphone 4 Plan.

Kesimpulannya, Digi dan Iphone 4 berjaya mengambil kira kepentingan pengguna terlebih dahulu. Keduanya lebih pratikal dan kena dengan era teknologi baru. Kerjasama antara Digi dan iPhone 4 pasti mencetus fenomena baru dalam aspek kehidupan pengguna khususnya dan aspek saingan sihat di kalangan pembekal telekomunikasi di Malaysia amnya. Moga Apple terus berjaya dengan produk iPhone 4 dan Digi terus merentasi dunia telekomunikasi dengan jayanya. Akhir kata, Digi iPhone 4 Life!!!!!!!!

On Isnin, 27 September 2010
2

digi iphone plan

"Two down, and two more to go. Stay tuned for the next task on Day 3!" ( petikan dari laman Nuffnang ), berdasarkan ayat terakhir tugasan kedua sebelum ini maka bermulalah tugasan ketiga kali ini di hari ketiga dengan tajuk tugasan "Digi Iphone 4 Real" yang akan menyentuh mengenai Digi iPhone 4 Plan yang di war - warkan oleh pembekal telekomunikasi Digi sendiri.

Apa yang saya suka mengenai pelan yang disediakan?, sejujurnya SEGALA mengenai Digi iPhone 4 Plan yang ditawarkan oleh Digi menarik perhatian saya kerana ianya menyediakan pelan yang berpatutan dengan semua lapisan masyarakat di Malaysia khasnya dari golongan pelajar yang menuntut di Universiti, suri rumah yang tidak bekerja, mereka yang berpendapatan rendah dan mereka yang berpendapatan tinggi. Secara amnya, Digi iPhone 4 Plan adalah mesra pengguna.

digi iphone postpaid“ Jadual Pakej yang terkandung Digi iPhone Plan”

Menyediakan pakej dari variasi iDigi 88, iDigi 138 dan iDigi 238, pengguna diberi pilihan untuk memilih pakej pelan yang sesuai dengan kehendak dan kewangan semasa mereka. Namun dalam tempoh promosi Digi iPhone 4 Plan menawarkan harga yang rendah dari harga semasa, serta dengan kemudahan auto billing, pengguna bakal di beri kadar rebat yang hebat!.

Selain mesra pengguna apa yang menarik perhatian saya lagi ialah, kadar caj murah yang dikenakan untuk setiap jenis media penggunaan ( seperti panggilan suara, video, SMS, MMS dan Internet ) yang di gunakan oleh pelanggan Digi iPhone 4 Plan ini. Apa yang paling bagus ialah tiada caj lebih digunakan untuk pengguna kadar internet yang telah melebihi kuota untuk bulan - bulan tertentu ( Untuk info yang lebih, anda boleh rujuk pada jadual diatas ). Dan semestinya keistimewaan pakej adalah berskala dengan jenis pakej yang di langgan.

digi upgrade planUpgrade Pakej Penggunaan”

Dan yang lebih saya teruja tentang Digi iPhone 4 Plan ini ialah, pilihan untuk pengguna melakukan naik taraf pakej!. Apa itu naik taraf pakej?, naik taraf pakej ialah jika anda melangganDigi iPhone 4 Plan iDigi 88, anda diberi peluang untuk menaik taraf ke iDigi 138 atau iDigi 238, dan untuk pakej iDigi 138 ke iDigi 238.

digi compare with othersPerbezaan antara Pakej ditawarkan Digi dan pesaing”

Namun berbanding dengan pembekal telekomunikasi yang lain, pakej Digi iPhone 4 Plan tampil dengan lebih berani, berpatutan dan kepentingan pengguna lebih diutamakan. Berani saya katakan, Digi iPhone 4 Plan adalah yang terbaik setakat ini pernah saya perhatikan. Boleh rujuk jadual dibawah mengenai Digi iPhone 4 Plan untuk info yang lebih terperinci.

Menyentuh mengenai iPhone 4, apa yang penting yang kita perlu tahu sebagai seorang bakal pengguna ialah ialah versi model iPhone 4 yang kita ingini. Ini adalah kerana Digi iPhone 4 Planmenawarkan dua jenis model iPhone 4 yang berlainan kapasiti memori iaitu sebanyak 16GB atau 32GB, dan ianya terpulang kepada kita sebagai pengguna untuk menilai mana satu model yang lebih sesuai untuk kita miliki. Mungkin untuk yang mempunyai belanja lebih boleh memilih iPhone 4 dengan ruang memori 32GB berbanding 16GB.

digi iphone buy plan

easy payment iphone buy“Pelan kaedah pembayaran pembelian iPhone 4”

Mengambil kira mengenai kaedah pembayaran untuk pembelian iPhone 4 dalam Digi iPhone 4 Plan, Digi menawarkan kaedah – kaedah pembayaran yang lebih fleksibel untuk pengguna. Anda boleh membayar secara tunai, kad kredit atau anda boleh memilih kadar pembayaran bulanan melalui akaun – akaun Bank yang wujud di Malaysia seperti Maybank atau CIMB Bank. Digi iPhone 4 Plan turut mempunyai keistimewaan tersendiri dimana, setiap bakal pelanggan Digi iPhone 4 Plan akan diberikan satu iDigi Privilege Card yang berfungsi sebagai Rewards Card dan Warranty Card.

Secara kesimpulannya, Digi iPhone 4 Plan menepati ciri - ciri yang sesuai dengan tahap ekonomi dan sosial seseorang individu itu. Berani saya katakan Digi iPhone 4 Plan tidak akan menghampakan mereka yang melanggan. Bak kata orang putih "More than meets the eye".

Bersedia untuk melanggan Digi iPhone 4 Plan?, anda boleh berdaftar di salah satu antara 45 outlet Digi yang terdapat di seluruh negara. Boleh rujuk pada pautan ini 45 Outlet Digi iPhone 4 Plan.

On Ahad, 26 September 2010
4

iphonemain


Jika ingin bercerita mengenai aplikasi iPhone yang menjadi pilihan, tentunya banyak yang menjadi perhatian saya kerana antaramuka untuk semua aplikasi yang dihasilkan khas untuk iPhone begitu menarik perhatian. Sebagai seorang blogger, peminat muzik dan filem, peminat permainan video dan sentiasa dahagakan dengan maklumat terkini yang berlaku sekitar dunia, aplikasi yang disediakan di iPhone Applications Store mengcakupi kesemua keperluan asas saya.

1. Sebagai seorang Gamer


guitar-hero-main


Antara aplikasi permainan video yang saya minat dalam iPhone ialah Guitar Hero. Selama ni hanya dapat main melalui konsol PS2, jadi dengan adanya aplikasi iPhone dan telefon iPhone 4 saya dapat membawa permainan video Guitar Hero kemana sahaja saya pergi.
Berlainan dengan versi konsol PS2 yang memerlukan guitar controller, aplikasi iPhone Guitar Hero lebih mudah kerana kita hanya perlu tekan kekunci pada skrin sesentuh ( touch screen ). Untuk melihat antaramuka aplikasi Guitar Hero ini, anda boleh lihat paparan imej di bawah.


guitar-hero-digi



Ringkas bukan antaramuka aplikasi Guitar Hero ini!, untuk rating saya bagi 4/5 bintang.



2. Sebagai seorang Lelaki

mens-health-workouts

Ayat macam macho je. Sebagai seorang lelaki, saya meminati salah satu aplikasi yang khas dibikin untuk kaum Adam. Aplikasi Men's Health Workouts iPhone menyediakan muat turun secara automatik mengenai teknik - teknik senaman khas untuk kaum lelaki menjaga kesihatan tubuh dan sentiasa dalam keadaan fit!. Malah Men's Health Workouts adalah salah satu dari aplikasi dibangunkan oleh Majalah Men's Health itu sendiri. Lihat paparan aplikasi ini dibawah ini.


mens-health-digi


Selain itu untuk kaum hawa, anda bolehlah menggunakan aplikasi Women's Health Workouts yang khas dibangunkan untuk anda.

Untuk aplikasi Men's Health Workouts saya beri 4/5 bintang!.


3. Sebagai peminat Filem dan Muzik

shazam-main

Shazam merupakan sebuah aplikasi iPhone khas untuk anda yang meminati dunia muzik. Pernah atau tidak anda mendengar lagu di corong radio ( khasnya lagu inggeris ) dan tertanya - tanya lagu apakah itu?, masalah anda boleh selesai dengan hanya memulakan aplikasi ini di iPhone dan talakan pada pembesar suara radio dan SHAZAM!, secara automatik maklumat ringkas mengenai lagu tersebut di paparkan di skrin iPhone anda!.
Selain itu Shazam turut menyediakan pautan untuk membeli lagu tersebut di iTunes ( laman pembelian muzik legal yang dibangunkan oleh Syarikat Apple sendiri ), dan juga anda boleh melihat video klip untuk lagu tersebut di Youtube, menarik bukan?. Paparan imej Shazam adalah seperti di bawah ini.

shazam-digi-play


Untuk Shazam saya beri rating 4.5/5 bintang!


fandango
Untuk anda yang suka menonton filem di pawagam, iPhone menyediakan perisian untuk anda mencari senarai filem yang sedang dan akan ditayangkan di panggung wayang sekitar anda. Aplikasi tersebut di kenali dengan nama Fandango, memaparkan segala keperluan yang anda ingin tahu mengenai filem bakal ditonton, dari keterangan tiket ke penerangan ringkas filem tersebut. Malah aplikasi ini boleh berinteraksi dengan Google Maps untuk mencari lokasi panggung wayang terdekat.


andango-digi


Untuk ini saya beri 3.5/5 bintang.


4. Sebagai Penggemar Foto


photogene

Aplikasi ringkas untuk anda mengedit gambar hanya dari iPhone anda, ianya dikenali dengan nama Photogene dan dari ulasan pengguna yang sudah menggunakan aplikasi Photogene ini ianya mendapat sambutan yang positif. Antara yang anda boleh lakukan dengan aplikasi Photogene ini ialah untuk crop, sharpen dan set lengkap untuk pembetulan warna gambar, malah anda boleh menggunakan kesan khas ringkas seperti sephia tone dan posterize.

Secara ringkas ianya seperti membawa Adobe Photoshop kemana - mana sahaja kerana ia turut menyediakan penambahan grafik seperti speech bubble dan apa yang lebih menarik lagi anda boleh mengedit gambar yang beresolusi sehingga 5 MP dan terus boleh dimuat naik ke laman sosial pilihan anda seperti Facebook, Twitter atau Flickr.


photogene-digi


Kerana saya benar - benar meminati aplikasi ini saya beri 5 bintang!


5. Facebook, aplikasi mesti milik


facebook

Sebagai seorang pengguna Facebook, aplikasi iPhone mesti ada supaya anda tidaklah sentiasa terlekat di depan skrin komputer atau laptop. Bagi anda yang memang addict dengan Facebook, pastikan iPhone anda dilengkapi dengan aplikasi ini.


facebook-digi


Saya beri 4/5 bintang untuk aplikasi ini.


6. Aplikasi CNN untuk iPhone

cnn


Sentiasa ingin dihidangkan dengan berita - berita mutakhir yang berlaku sekitar dunia anda?, saya sarankan anda untuk memiliki aplikasi CNN ini. Saya begitu meminati aplikasi ini kerana ia menyediakan berita terkini untuk anda hampir setiap masa. Satu aplikasi yang tidak sia - sia untuk dimiliki.


cnn-digi


Untuk aplikasi ini, saya beri 4/5 bintang.


Sekian sahaja untuk post kali ini, ingatkan nak tulis 1 atau dua aplikasi sahaja. Tapi lepas masuk ke laman sesawang iPhone Application Store mata menjadi rambang. Bertemu lagi anda di post yang akan datang!.

On Sabtu, 25 September 2010
11






AV aka Akuvision,
http://bilaakumenulisblog.blogspot.com,
Johor, Malaysia

__________________________________________________________________________________

Nuffnang / Digi,
Pemberi iPhone 4 Me,
Somewhere, Malaysia 25 September 2010


Pihak Nuffnang / Digi,

PERKARA : DIGI IPHONE 4 ME
Merujuk seperti perkara diatas, saya AV aka AKUVISION pengirim surat tak berapa nak rasmi ini ingin memohon jasa baik pihak Nuffnang / Digi untuk memberi saya iPhone 4 secara percuma kerana di atas beberapa faktor yang saya rasakan perlu.
2. Antara faktor utama kenapa pihak Nuffnang / Digi pelu memberi saya iPhone 4 ini ialah:-
  • Telefon milik saya sekarang telah cedera dan perlu di cari pengganti segera. Cedera bukan – bukan main – main, kalau pihak Nuffnang / Digi tak percaya boleh rujuk gambar di bawah:-

ihpone-4-me-1“Gambar diambil selepas tiga hari di hospital”

phone-with-the-dot“Beliau menghidapi black dot cancer yang serius dimana semakin hari semakin membesar, dan mengalami lumpuh separuh keypad seperti di dalam bulatan merah di atas”

  • Telefon saya seharusnya bersara dan digantikan dengan versi telefon pintar terbaru dan paling macho kerana mengenangkan jasa baiknya yang besar kepada saya dan juga pancaroba yang beliau alami, sla rujuk paparan imej di bawah:-

phone-in-the-toliet-bowl“Terjatuh dalam toilet bowl”

phone-in-the-secret-bombing “Beliau di salah satu lokasi pengeboman rahsia ( dalam bulatan merah )”

3. Selain itu iPhone 4 juga mempunyai upgrade yang macho dan menepati citarasa saya seperti:-
  • Kemudahan untuk membuat panggilan 3G supaya saya boleh berbual dengan pemanggil telefon secara face to face.
  • Mudah dan senang untuk melayari internet kerana fungsi Wifi, terutama untuk menulis blog kerana saya seorang yang gila blog.
blogfor-food
  • Selebihnya pihak Nuffnang / Digi boleh rujuk artikel saya sebelum ini mengenai iPhone 4 di pautan ini IPHONE 4!.
4. Pengakhiran kata, saya harap pihak Nuffnang / Digi dapat mempertimbangkan permohonan saya untuk mendapat iPhone 4 secara percuma. Bukanlah maksud membodek, tetapi kalau dah barang free siapa yang tak nak kan?.
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

“Digi iPhone 4 Me”

AV, yang tak malu meminta iPhone 4


( Untuk perhatian artikel ini pernah dihantar kepada Steve Jobbs namun dia tak baca sebab tak pandai BM ).

On Jumaat, 24 September 2010
7

271120091261 “Hami Danish dan Pak Lang”

Selamat Hari Jadi buat Hami Danish bin Hamidon Pak Lang ucapkan!, walaupun Danish tak pandai baca lagi dan baru  berumur dua tahun tapi Pak Lang nak tulis juga dalam post Blog sebab tak idea nak buat entry. Hehehe takdelah!, post ini memang khas untuk Danish.

danish “Hami Danish dengan hadiah hari jadi tahun lepas”

Sekali lagi Pak Lang ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke 2 – tahun. Moga Danish sentiasa membesar dengan sihat, kuat, menjadi anak yang soleh dan insan yang berguna seperti iklan milo 3 in 1. Kalau pengunjung nak wish untuk Danish boleh juga wish dekat bahagian komen atau di blog ibunya aka adik perempuan kepada AV sendiri di pautan blog my.little.one (promote blog adik ni ) atau klik pada banner blognya di bawah ini.

Jom ke blog Danish

On Rabu, 22 September 2010
6

Easy A Movie Poster

Easy A merupakan sebuah filem komedi Hollywood yang berpaksikan mengenai isu remaja di alam persekolahan di Amerika. Mengingatkan saya dengan filem – filem dalam kategori yang sama seperti 10 Things I Hate About You ( yang telah pun dibikin siri TV ) lakonan mendiang Heath Ledger dan Julia Stiles, serta filem Mean Girls lakonan Lindsay Lohan.

Telah pun memulakan tayangan di pawagam pada 18 September 2010 yang lalu, filem ini dibintangi oleh Emma Stone ( Superbad, House of Bunny ), Penn Badgley ( The Stepfather ), Amanda Bynes ( She’s The Man ), bintang saluran Disney Aly Michalka, Thomas Haden ( Smart People ), Patricia Clarkson ( Blind Date ), Cam Gigandet ( Never Back Down ), Lisa Kudrow ( FRIENDS ), Malcolm MacDowell dan Stanley Tucci ( Blind Date ).

Easy A Image Easy A Image

Easy A Image “Image Still from Easy A”

 

Easy A mendapat sentuhan arahan dari Pengarah Will Gluck yang sebelum ini mengarah filem Fired Up! ( 2009 ) manakala untuk penulisan skrip ianya ditulis oleh Bert V. Royal. Merupakan sebuah filem yang dihasilkan oleh salah sebuah studio Sony Pictures iaitu Screen Gems dan filem Easy A ini diklasifikasikan di bawah PG – 13 kerana adegan – adegan yang melibatkan seksualiti remaja, bahasa, dan penyalahgunaan dadah.

Antara plot utama filem Easy A ini ialah:-

Emma Stone ditampilkan sebagai peranan utama yang memegang watak sebagai Olive, dimana bagaimana Olive menggunakan khabar angin mengenai dirinya untuk meningkatkan taraf sosialnya di sekolah tinggi dan juga meningkatkan taraf kewangannya.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan filem ini di pawagam, untuk mengetahui mengenai filem Easy A dengan lebih dekat sila klik pada pautan ini EASY A OFFICIAL WEBSITE. Di laman utama filem ini anda dipaparkan dengan pelbagai pilihan menarik seperti di dalam imej screenshot di bawah ini.

Easy A Main Page“Official Site of Easy A” 

Untuk melihat teaser untuk filem Easy A ini, anda boleh lihat video dari Youtube di bawah ini:-

 

 

 

p/s:- Ain’t we love Emma Stone!

On Isnin, 20 September 2010
6

mango-mainframe

Mango merupakan satu laman sesawang fesyen yang menjual pakaian khas untuk wanita, dan ia merupakan iklan terbaru yang dipaparkan oleh agensi pengiklanan Nuffnang. Secara ringkas Mango adalah e-majalah fesyen untuk penggemar dunia fesyen.

Tapi jika anda mengetahui lebih lanjut mengenai Mango dan klik pada pautan iklannya, anda akan disambungkan ke satu segmen ala – ala permainan video ( mengingaktkan AV pada siri The Sims 3 ), dimana anda boleh mix and match ( klik pautan untuk ke mix and match ) pakaian untuk dibeli. Menarik bukan?, anda boleh melihat pakaian dikenakan pada tubuh sebelum dibeli.

mango-mix-and-match“ Mango Mix And Match”

Mango turut pernah menampilkan model dan selebriti terkenal untuk mengayakan pakaian – pakaian mereka lalu dipaparkan di katalog mereka, dan antara selebriti itu ialah Scarlett Johansson. Selain itu Mango juga ada menyediakan tips- tips bergaya untuk anda melalui segmen styling tips dan style queen untuk anda menghantar gambar mix and match anda dan di beri undi oleh pelayar laman Mango yang lain.

styling-tips “Styling Tips Screenshot”

style-queen“Style Queen Screenshot”

mango-katalog“ Katalog Mango yang menampilkan Scarlett Johansson”

Laman Mango ini turut menyediakan peluang pekerjaan untuk mereka yang berminat dan turut memberi muat turun percuma untuk katalog terkini mereka ( klik pautan ini untuk muat turun Mango Katalog ) , untuk mengetahui Mango dengan lebih lanjut anda boleh klik pada pautan laman utamanya disini MANGO.

On Ahad, 19 September 2010
6

diaspora_dandy_logo

Diaspora merupakan salah satu projek pembangunan sebuah laman sesawang sosial baru yang bakal memberi saingan kepada laman sesawang yang popular pada masa sekarang iaitu Facebook.

Mempunyai konsep yang hampir sama dengan Facebook namun dengan pilihan – pilihan yang lebih tersendiri dan menjaga hak persendirian penggunanya. Diaspora turut dibangunkan oleh empat anak muda yang sedang menuntut di Universiti New York yang lebih dikenali dengan akronim NYU, mereka ialah Ilya Zhitomirskiy, Dan Grippi, Max Salzberg, dan Raphael Sofaer.

 

diaspora clanPembina Projek Laman Sosial Diaspora”

 

Keempat – empat anak muda ini mendapat modal untuk membangunkan projek Diaspora dari sebuah laman sesawang yang dikenali dengan nama Kicstarter, dimana laman Kicstarter merupakan sebuah laman yang mendukung mereka yang kreatif mencari sokongan. Dan dalam masa 39 hari mereka berjaya mengumpul lebih dari USD 100 000 untuk memulakan projek Diaspora mereka.

 

diaspora 1

diaspora 2

diaspora 3 “Screenshot Diaspora”

 

Namun apa yang menarik perhatian saya ialah nama bagi projek mereka ini iaitu Diaspora, menurut pencarian saya di internet Diaspora mempunyai satu maksud yang global dan satu maksud yang signifikan dengan masyarakat Yahudi. Anda boleh memahami apa yang saya maksudkan disini, DIASPORA dan DIASPORA YAHUDI.

Kebetulan atau tidak projek pembangunan laman sosial Diaspora ini berkaitan dengan Yahudi, anda fikirlah sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Diaspora rujuk di sini PROJEK DIASPORA.

 

 

p/s:- Diaspora merupakan open source.

On Jumaat, 17 September 2010
4

ice-cream

Bila tengok video tentang penjual ice cream di Istanbul ni geram ada, lawak pun ada dan kesian pun ada kat mamat Jepun ni. Nasib baik mamat tu sporting, apa – apahal ia menjadi kenangan manis buat mamat ni ketika melawat Turki. Kenapa?, anda tengok la sendiri. ( Malas betul nak update blog sekarang ni, apa ubat nak pulihkan keadaan ni ).

 

 

p/s:- Rasanya dulu penjual ice cream ada mintak kerja kat sarkis ( circus ) tapi tak dapat kut?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...