Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Isnin, 13 September 2010
20

sosilawati lawiya

Berita kehilangan dan kejadian yang menimpa pada Datuk Sosilawati Lawiya yang juga merupakan pengasas bagi produk kecantikan Nouveau Visage  ( dan bekas isteri kepada penyanyi terkenal Nash ) bersama tiga yang lainnya sudah terpampang di dada utama akhbar tempatan hampir 2 minggu dan semalam berita klimaks kehilangan pengasas produk tersohor ini berakhir dengan kematian.

Berita yang menggemparkan Malaysia ini turut di rasai oleh media – media luar negara, dan mengikut kenyataan akhbar – akhbar tempatan mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dibakar dan abunya dihanyutkan ke arus sungai di sekitar Ladang Gadong di Morib. Turut difahamkan kawasan tanah ladang yang digunakan adalah milik salah seorang dari lapan suspek yang ditahan setakat ini dimana individu tersebut seorang peguam yang bergelar Datuk.

Mengikut kronologi kejadian yang berlaku, kejadian yang berlaku ini berikutan dari perselisihan dalam soal jual beli tanah milik peguam yang bergelar Datuk tersebut, dan difahamkan duit RM 4 juta yang dibawa oleh Datuk Sosilawati Lawiya turut lesap.

Mengikut tinjauan forensik yang dilakukan oleh pihak polis dan yang dilaporkan oleh BERNAMA mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lainnya dibakar dengan kaedah tradisional yang digunakan di negara India iaitu dibakar dengan menggunakan najis lembu dan pemangkin petrol.

Ini adalah kerana bahan biojisim yang dihasilkan oleh lembu ini dapat menukarkan mayat manusia yang dibakar kepada abu hanya dalam masa sekitar 30 minit ke satu jam. Caranya ialah dengan meletakkan najis lembu pada tubuh mayat dan di renjiskan dengan minyak petrol, dan kemudian api dinyalakan.

Untuk rekod abu mayat tiga individu lain yang turut terlibat dalam kejadian Datuk Sosilawati Lawiya ini adalah pembantu peribadi Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Kamaruddin Shamsudin berumur 44 tahun,seorang pegawai Bank CIMB iaitu Noorhisham Mohammad berumur 38 tahun dan seorang peguam peribadi Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Ahmad Kamil Abdul Karim berumur 32 tahun.

20 Komen disini:

rammyd berkata...

huhu. apelah nak jadi dunia zaman sekarang ni.

Salina@IbuAqil berkata...

Salam takziah buat kelaurga mangsa.. Kejamnya manusia.. Dah mcm dkt negara omputih plak Malaysia zaman skrg..

Tanpa Nama berkata...

takziah buat keluarga mereka, moga2 roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 beriman

~eVerYtHiNG~ berkata...

tragis sungguh..semoga kes ni dpt keadilan

zulkbo berkata...

Salam Av..
simpati buat keluarga arwah
semoga rohnya di tempatkan
di sisi orang yang solehah
dan beriman..

kema berkata...

urgh..kejam sgt pmbunuh tuh..hrp2 dpt pbalasan y stimpal...

Unknown berkata...

Ksian kt fmily diowg...
sama2lah kta berdoa smoga roh mereka dcucuri rahmat...
Amin...........

RerameUngu berkata...

macam macam la sekarang ni..kesian kat family diorang..

Tanpa Nama berkata...

kejam gile..bakar diri sendiri sudah..xpayah nak bakar/bunuh org lain..kesian kat family mangsa..harap dapat hukuman setimpal..

Tanpa Nama berkata...

kejam gile..bakar diri sendiri sudah..xpayah nak bakar/bunuh org lain..kesian kat family mangsa..harap dapat hukuman setimpal..

Rimau Sakti berkata...

semakin sedikitlah jutawan melayu di negara kita nie...:P

the bert berkata...

yg wat lg sedih kes ni..kene bunuh time dekat raye..pastu family tau dh kene bunuh time raye..

ayin~weeweet berkata...

uik..giut?takotnya dunia makin maju ni

ayin~weeweet berkata...

uik..giut?takotnya dunia makin maju ni

Tanpa Nama berkata...

amat kejam dan takde perikemanusiaan kes ni~

sweetie2010.blogspot berkata...

Salam Syawal,

Memang bersifat binatang pelakunya. Moga hukuman keatas mereka yang kejam itu disegerakan.

Al-fatihah buat keluarga Datuk Sosilawati Lawiya dan mereka yang turut terbunuh bersamanya. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin

sweetie2010.blogspot berkata...

Salam Syawal,

Memang bersifat binatang pelakunya. Moga hukuman keatas mereka yang kejam itu disegerakan.

Al-fatihah buat keluarga Datuk Sosilawati Lawiya dan mereka yang turut terbunuh bersamanya. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

Allahu Akhbar...Innalillah..kenapa lah kejam sangat....memang sedih dengan berita dan isu ini...dah lah tak da jasad nak disemadikan, jenazah tak sempurna pengebumiaannye...terbayang macam mana mereka semua kesakitak waktu dibakar...MasyaAllah

Aretikz berkata...

Malaysia ni betul ka aman? huhu..

Zulfahmi Abidin berkata...

bagus la tuh.makin famous Malaysia pas nie. Kalau Famous sbb bnde baik takpe.ini....wat de fu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...