Kenderaan yang lengkap dengan set tidur diatas dikenali sebagai Bufalino yang di hasilkan berdasarkan kereta Piaggio APE 50 yang beroda tiga dan ianya di hasilkan oleh seorang pereka kreatif berbangsa Jerman yang dikenali dengan nama Cornelius Commans.
Kereta ini secara ringkasnya direka khas untuk anda yang suka mengembara secara bersendirian kerana secara harfiahnya ianya hampir lengkap dengan keperluan asas anda iaitu tempat tidur, tempat berteduh jika hujan dan juga dapur untuk anda memasak. Cuma ia tidak dilengkapi dengan tandas.
Sebenarnya ianya dihasilkan untuk keperluan blogger pada masakini, kerana ia turut disediakan tujuh tempat ideal untuk anda meletakkan laptop anda dan apa yang anda perlu ialah mobile boradband untuk anda mencapai rangkaian internet atau anda boleh hack mana - mana wifi network yang laptop anda dapat detect.
Namun ianya kurang ideal dengan keadaan negara kita Malaysia. Secara kesimpulannya Buffalino ini sesuai untuk blogger yang suka mengembara atau yang lari dari hutang bil - bil streamyx yang tak berbayar!.
Di bawah ini adalah gambar berkaitan dengan Buffalino:-
11 Komen disini:
ahaks! nak satu!
salam eee bestnyer.. nak gak 1
aku pon nak 1 gak...hahaha
sgt cool keta tu..
kalo dapat sbijik kompom guna utnuk hari2 gi skolah~ hoho~ siap bawak rantai besi~ takut cikgu2 curik~ wakakak~
wau.. canggih2... huhu terpaksa bukak sini.. tak jumpa chatbox... keekeee..
eh.. betul betul ke tu?
mmg best!
dah mcm reban ayam bergerak.haha
wah!! nak satu :)
ayat yg "lari dari hutang broadband" tu xleh blah..lawak haha
Catat Ulasan