Kurang 5 hari lagi kita bakal menyambut kedatangan 1 Syawal 1431 menjelang hari Jumaat bersamaan 10 September 2010 ( Insya Allah kalau jadi ). Dalam kesibukan kita membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri, apa yang wajib jangan kita tinggalkan. Jangan jadikan alasan penat membuat persiapan Raya untuk kita nak tuang puasa!.
Post kali ini saya ingin menyentuh tentang keperluan kaum wanita dalam membuat persiapan raya, sedar tidak sedar selain baju raya dan persiapan Raya yang lain, make up atau alat solek juga adalah termasuk barang penting yang harus ada pada setiap wanita lagi – lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Siapa yang tak nak melaram di Hari Raya bukan?.
Ingin saya kenalkan satu laman sesawang untuk kaum wanita mengenai Virtual Mirror. Apakah itu Virtual Mirror?. Virtual Mirror ialah satu aplikasi berasaskan web yang membolehkan anda megenakan make up atau alatan solek pada gambar anda dan melihat hasilnya sebelum membeli sesuatu alatan make up atau alat solek. Mungkin ia memberi sedikit persediaan untuk anda dan ianya lebih kos efektif.
Laman sesawang yang saya maksudkan ialah laman EZFACE. Namun laman Virtual Mirror ini hanya menyediakan alatan make up dari tiga jenama utama iaitu LOREAL PARIS, MAYBELLINE dan juga COVERGIRL. Untuk ke laman ini anda boleh klik pada pautan ini, www.ezface.com atau klik pada mana – mana gambar di post ini dan klik pada “Try Virtual Mirror Now”. Dibawah ini adalah paparan imej – imej dari laman EZFACE.
Video Kiosk EZFACE di WalMart US:-
10 Komen disini:
untuk kaum kite tarak ka
wah wah.. best
salam tuan belog . prtama kali di sini ^^
huhu , rase mcam nak try je , at least klu tak solek dkat luar , dlm tu boleh jgak tengok muka kena solek . huhuu .
at least model yang kita mekap secara virtual tu cantik, tapi kalu yang kat realiti ni, klu dah muka buruk tu, pandai2 la wat apa yang patut, macam aku ni, muka buruk!
Segala kejadian Tuhan itu sempurna, tiada cacat cela
bgs ne bro.. leh ak wt en3 utk kwn2 pompuan blogger nt...heheee
Tahun lepas beraya di kedah
tahun ini beraya di jengka
puasa sudah zakat pun sudah
beraya kita hindari prasangka
Lupakan sengketa bermaafan
dari hujung rambut ke hujung jari
halalkan kata-kata mana yang termakan
sesama muslim jauhi cakar-mencakari
ala.muka real manyak minyak.last2 nanti x cntik jg huhu
maju btul skrg ni...
hmm.. brape banyak agak nyer pompuan abis duit ngan peralatan make up jer ek??
Catat Ulasan