Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Selasa, 7 September 2010
10

quran2

Tidak cukup dengan isu rakyat Amerika membantah pembinaan masjid di kawasan Ground Zero, sebuah badan gereja berpusat di Florida merancang untuk membakar kitab suci Al – QURAN milik orang muslim pada sambutan ulang tahun peristiwa 9/11 Sabtu ini sehari selepas umat Islam seluruh dunia menyambut 1 Syawal ( Insya Allah ).

Badan gereja yang dikenali dengan nama Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida itu menyatakan tujuan pembakaran kitab suci AL – QURAN itu adalah untuk membantah perbuatan yang dilakukan ke atas World Trade Centre yang mereka gelarkan sebagai Kejahatan Dalam Islam atau “The Evil of Islam”.

Perkara yang bakal berlaku ini mendapat reaksi berbeza di kalangan warga Amerika dan bagi Komander Amerika Syarikat di Afghanistan, Jeneral David Petraues berkata perkara ini bakal membahayakan nyawa tentera Amerika yang bertugas di negara – negara Islam yng bergolak seperti Afghanistan dan Iraq. Kesan buruk yang lebih teruk lagi, Jeneral tersebut turut menyatakan ianya akan menyemarakan api kemarahan pihak Taliban di Afghanistan dan sentimen anti – Amerika akan terus menular di kalangan penganut agama Islam seluruh dunia.

islam-of-the-devil“Facebook Page, Islam Is Of The Devil ( klik gambar untuk ke laman ini )”

Secara keseluruhan kempen pembakaran AL – QURAN ini bakal dilakukan oleh 50 orang ahli jemaah gereja tersebut malah ianya mempunyai Facebook Page dengan berlandaskan slogan Islam Is Of The Devil”. Pada Ogos lalu, lebih 100 umat Islam di Indonesia membuat demonstrasi di depan kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta dan melaungkan jihad jika aktiviti pembakaran AL – QURAN tersebut di laksanakan.

500x_pastor_terry_jones

“Pastor Terry Jones ( dalang kempen yang mangkuk! )”

indonesian-protestor-koran-burning-550x452“Anak kecil Indonesia yang turut dalam demonstrasi Ogos lalu”

Menurut pastor di gereja yang terbabit iaitu Pastor Terry Jones berkata perbuatan mereka itu adalah sesuatu yang sah dan harus dilakukan kerana untuk menyampaikan mesej kepada umat Islam yang radikal pemikirannya bahawa mereka berpendapat agama Islam dan Undang – Undang Syariah Islam bertanggungjawab ke atas peristiwa 9/11 dan sudah tiba masanya penganut agama Kristian, gereja – gereja dan ahli – ahli politik di Amerika Syarikat bangkit dan nyatakan bahawa agama Islam tidak dialu – alukan di Amerika!.

Olahan artikel dari laman berita smh.com.au

p/s:- Apa nak jadi dengan Amerika ni, sering menjadikan isu Islam sebagai isu pengganas!. Dalam bulan mulia Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma pun nak naikkan kemarahan umat Islam1 Apa pandangan anda? ( kongsikan post ini di Facebook dan Twitter anda )

10 Komen disini:

AngahSayang2314 berkata...

eeeeeeeee geram tul la.. diorang nie kan??kan??? sabar...sabar

Mr feckry berkata...

yahudi memang mush islam yang nyata!

Tanpa Nama berkata...

isu tu dah lama still nak ungkit. kalau isu islam dianiaya sekejap je dah buat lupa..

dah la bukan cnfirm pn org kita yg buat, penuh muslihat.. dah namanya kafir laknatullah~


~semoga satu hari nanti pintu cahaya terbuka buat mereka~

Gen Fujita berkata...

Terry Jones tu skang tengah berhadapan dakwaan pedophile. Rujuk lebai Google untuk info lanjut.

kyo_9 berkata...

huhu.. ada juga memberi pandangan supaya biarkan jer mamat nih teruskan dengan agenda mereka bagi menunjukkkan kepada dunia bahawa pihak radikal memang wujud dalam setiap agama..

GREEN LADY berkata...

tersangat la geram......

Myra Arshad berkata...

hhhhaaaaa. ni baru betul menimbulkan kemarahan.

uihhhhh.. nasib baek dalam bulan puasa jer *padahal dalam hati segala jampi serapah dah kuar* heh

siot jer dorang ~

astagaaa :))

Fit berkata...

arghh dasar kapir laknat!! tq 4 da info bro..

Berto berkata...

semoga Allah membalas perbuatan keji mereka ini

akuvision berkata...

bak kata gen fujita, terry jones ni memang bertopengkan syaitan. Sekarang Terry dituduh dengan tuduhan gangguan seksual kanak - kanak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...