Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Selasa, 10 Mei 2011
2

GALAXY  S II_0“Samsung Galaxy S2 / Samsung Galaxy S II”

Antara pengeluar teknologi tekini yang sering memberi saingan sengit untuk pengeluar telefon pintar yang lain ialah Samsung yang berpusat di Korea Selatan. Jika dari Apple ada iPhone 4 dan LG bersama Optimus manakala Nokia dengan N8, Samsung tidak kurang hebatnya dengan rangkaian telefon pintar Samsung Galaxy S, Samsung Galaxy Ace dan yang terbaru Samsung Galaxy S2 atau Samsung Galaxy S II.

Samsung Galaxy S2 bakal dilihat sebagai telefon pintar berasaskan Android terkini dari segi spesifikasi dan penampilan. Samsung yang begitu berdedikasi dalam memberi saingan pada iPhone 4 keluaran Apple dari sudut promosi dan rekabentuk telefon pintar secara menyeluruh, menampakkan kesungguhan mereka dalam rekabentuk telefon pintar Samsung Galaxy Ace yang terdahulu dan terkini Samsung Galaxy S2.

samsung-galaxy-ace-s5830-3-1“Samsung Galaxy Ace”

Bermula dari teknologi skrin telefon pintar yang dinaik satu lagi taraf sedari Super AMOLED ke Super AMOLED Plus berdimensi 4.3 inci, sehinggalah kepada unit pemproses ( CPU ) dual core!, malah mempunyai ketebalan kurang dari 1 cm iaitu 8.49 mm tetapi masih senang untuk dipegang.

GALAXY S II Lifestyle Image_7

Samsung Galaxy S2 ini bakal menemui pembeli di pasaran suku kedua tahun ini ( di Malaysia kurang pasti bila, tapi di UK sudah ada ). Dari segi spesifakasi kamera, Samsung Galaxy S2 sebelum ini di khabarkan akan di lengkapi dengan kamera 5 MP, namun sangkaan itu meleset dimana kamera beresolusi 8MP di sediakan! ( dengan keupayaan definisi tinggi penuh / Full HD ) bersama LED Flash.

GALAXY  S II_3

Dari segi capaian WIFI, Samsung Galaxy S II ini dinaiktaraf ke Kies 2.0 berbanding Kies 1.5. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai telefon pintar Samsung Galaxy S II ini anda boleh layari kedua – dua pautan dibawah ini.

1. Samsung Global Site – Samsung Galaxy S II

2. GSMArena – Samsung Galaxy S2

On
3

deschanel-zooey_5842

( Picture Unrelated )

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog ini yang tak jemu - jemu menjenguk dan meninggalkan jejak di ruangan “shoutmix” saya. Terharu juga rasanya bilamana blog ini walaupun dah lama tak ada post - post baru, anda masih sudi datang jua!. ( Ceh ayat tak hengat ni! )

Walapun pada post yang lepas, saya kata akan kembali aktif berblog, namun kerana kekangan kerja dan waktu ( plus memang malas nak buat blog ) serta momentum mahu kembali menulis seperti ada / tiada sahaja, malahan masa menulis post ini pun masih belum mari lagi semangat berblog.

Macam - macam cara telah dipratikkan antaranya seperti mandi bunga, jampi serapah namun segalanya tak menjadi. Hahaha, tapi yang sebenarnya malas nak menulis je, ditambah pulak dengan talian internet yang telah dipotong kerana 3 bulan tak bayar.

Namun apa yang utama nak dikatakan pada post ini ialah, kadang - kadang mahupun “blogger” yang professional pada satu ketika graf semangat berblogging pasti akan turun, dan pada “blogger” yang setahun jagung seperti saya pasti akan mengalaminya, bak kata orang sastera “writing block” ( hahahaha, bukan orang sastera je ).

Jadi anda ada apa - apa cadangan untuk mengembalikan semangat berblogging semula?, ce cite ce cite….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...