MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Selasa, 10 Mei 2011
3

GALAXY  S II_0“Samsung Galaxy S2 / Samsung Galaxy S II”

Antara pengeluar teknologi tekini yang sering memberi saingan sengit untuk pengeluar telefon pintar yang lain ialah Samsung yang berpusat di Korea Selatan. Jika dari Apple ada iPhone 4 dan LG bersama Optimus manakala Nokia dengan N8, Samsung tidak kurang hebatnya dengan rangkaian telefon pintar Samsung Galaxy S, Samsung Galaxy Ace dan yang terbaru Samsung Galaxy S2 atau Samsung Galaxy S II.

Samsung Galaxy S2 bakal dilihat sebagai telefon pintar berasaskan Android terkini dari segi spesifikasi dan penampilan. Samsung yang begitu berdedikasi dalam memberi saingan pada iPhone 4 keluaran Apple dari sudut promosi dan rekabentuk telefon pintar secara menyeluruh, menampakkan kesungguhan mereka dalam rekabentuk telefon pintar Samsung Galaxy Ace yang terdahulu dan terkini Samsung Galaxy S2.

samsung-galaxy-ace-s5830-3-1“Samsung Galaxy Ace”

Bermula dari teknologi skrin telefon pintar yang dinaik satu lagi taraf sedari Super AMOLED ke Super AMOLED Plus berdimensi 4.3 inci, sehinggalah kepada unit pemproses ( CPU ) dual core!, malah mempunyai ketebalan kurang dari 1 cm iaitu 8.49 mm tetapi masih senang untuk dipegang.

GALAXY S II Lifestyle Image_7

Samsung Galaxy S2 ini bakal menemui pembeli di pasaran suku kedua tahun ini ( di Malaysia kurang pasti bila, tapi di UK sudah ada ). Dari segi spesifakasi kamera, Samsung Galaxy S2 sebelum ini di khabarkan akan di lengkapi dengan kamera 5 MP, namun sangkaan itu meleset dimana kamera beresolusi 8MP di sediakan! ( dengan keupayaan definisi tinggi penuh / Full HD ) bersama LED Flash.

GALAXY  S II_3

Dari segi capaian WIFI, Samsung Galaxy S II ini dinaiktaraf ke Kies 2.0 berbanding Kies 1.5. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai telefon pintar Samsung Galaxy S II ini anda boleh layari kedua – dua pautan dibawah ini.

1. Samsung Global Site – Samsung Galaxy S II

2. GSMArena – Samsung Galaxy S2

3 Komen disini:

ekmal berkata...

samsung terbaik..sy guna samsung wave..function semua ok :)

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

awe tak pandai pakai yang touch screen..heheh..suka yang ada keypaid :)

Tanpa Nama berkata...

ativan for anxiety how long do ativan side effects last - lorazepam 1mg espanol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...