Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Jumaat, 30 April 2010
6

babies-poster
Babies, sebuah filem yang digarap untuk mempertontonkan kehidupan empat bayi setelah dilahirkan ke dunia. Menyingkap kehidupan dari hari pertama bayi - bayi ini melihat dunia sehinggalah langkah pertama mereka. Ianya dihasilkan oleh Studio Filem Focus Features.
Diarahkan oleh pengarah yang berkaliber iaitu Thomas Balmes, dan idea asal oleh penerbitnya sendiri iaitu Alain Chabat. Filem ini adalah berkisar tentang empat bayi yang berbeza bangsa dan negara, gelagat mereka ini dirakam secara serentak dan akan dipaparkan dalam filem ini. Filem ini lebih merujuk kepada genre dokumentari kehidupan.
Ia mengenengahkan Ponijao, bayi yang berada di Opuwo, Namibia. Kemudian Bayarjargal yang tinggal di Bayanchandmani, Mongolia seterusnya Mari yang beraa di Tokyo, Japan dan yang terakhir Hattie yang berada di San Francisco, Amerika Syarikat.
Filem ini dilihat begitu universal kerana ianya memaparkan satu peringkat kehidupan yang semua orang pernah rasakan iaitu peringkat bayi, dimana pengembaraan kehidupan kita ini bermula.
Dijangka akan menemui penonton awal bulan Mei ini, untuk melihat berkenaan filem ini dengan lebih dekat lihat trailer filem di bawah ini:-

On
1

Anti-Sleep-Alarm-Device-for-Drivers-Workers-Guardians-and-Students-3
“ Syoknya kalau dapat tidur tengah hari ni, malam tadi penat buat blog walking sampai tak cukup tidur!. Sudahnya sampai tempat kerja belum sampai tengah hari mata dah kuyu minta kepala di sorongkan bantal ”. Anda pernah mengalami keadaan ini?. mesti ada yang pernah bukan?.
Kali ini saya ingin memperkenalkan satu gajet yang saya rasakan begitu berguna, ianya ialah loceng anti tidur (dengan nada perkenalan kisah Doraemon) atau nama sebenar gajet ini ialah Anti Sleep Alarm. Dari nama sahaja tentu anda sudah tahu apa gunanya kan?.

Anti-Sleep-Alarm-Device-for-Drivers-Workers-Guardians-and-Students
Gajet ini amat berguna untuk anda memuat sentiasa terjaga terutamanya semasa memandu kereta, bekerja atau sedang mengawasi sesuatu. Anti Sleep Alarm telah direka oleh Chinavasion, iaitu sebuah syarikat elektronik dari China (Asia mari!). Bentuknya yang seakan Bluetooth Headset amat pratikal sekali dengan tujuan perekaannya.
Mengikut keterangan saksi, eh bukan. Mengikut keterangan mengenai produk ini, ianya mempunyai sensor yang dapat mengesan pergerakan kepala dimana jika anda terlalu mengantuk sehingga tidak mampu membuka mata dan cuba untuk merehatkan kepala ke bawah dan menyebabkan kepala anda berada di luar kawasan sensor, loceng Anti Sleep Alarm ini akan berbunyi.
Jadi jika anda membawa kereta, adalah teman setia yang bakal mengejutkan anda. Jangan terkejut sangat hingga membawa kepada kemalangan sudah!

Anti-Sleep-Alarm-Device-for-Drivers-Workers-Guardians-and-Students-2

p/s:- Rasa - rasanya kalau diwajibkan penggunaan Anti Sleep Alarm ini sewaktu musim perayaan, boleh kurangkan statistik OPs Sikap tak?

On
3


immunityguy
Sistem imun merupakan satu mekanisme pertahanan badan yang bertindak menghalang pelbagai serangan penyakit terhadap tubuh badan kita. Namun sistem imun akan bertindak dengan baik jika ianya berada dalam tahap yang sihat dan memuaskan. Jika kebelakangan ini anda sering mengalami keletihan dan berasa kurang sihat bermakna sudah tiba masa untuk anda membina semula sistem imun tubuh anda.
Langkah pertama yang perlu anda ambil ialah minum sekurang - kurangnya 8 gelas air dalam sehari. Untuk pengiraan pengambilan air yang lebih spesifik untuk tubuh anda, rujuk post ini " Pengambilan Air Dalam Sehari " . Langkah seterusnya ialah, adakah tubuh anda mengambil serat yang cukup?. Ini adalah kerana serat dapat memberi kekenyangan yang lama buat tubuh malah ia bagus untuk organ pencernaan kamu supaya ianya boleh menyalurkan nutrien ke atas tubuh anda. Oat merupakan sumber serat yang bagus, rujuk post ini "Mari Makan Oat".
Seterusnya anda juga digalakkan memakan buah - buahan serta sayuran segar terutama yang memberi nutrien yang banyak seperti pisang dan juga buah oren. Tidur yang mencukupi juga antara faktor membantu membina sistem imun tubuh dan kajian telah membuktikan fakta ini.
Senaman pada setiap hari sekurang – kurangnya 20 minit di waktu pagi juga boleh membina sistem imun, selain itu ia turut memberi tubuh lebih tenaga dan sistem tubuh lebih sihat. Ini memberikan peluang untuk sistem imun terbina dalam keadaan tubuh yang sihat.
Terakhir sekali pengambilan vitamin tambahan seperti vitamin D, C dan Zink juga dilihat sebagai pembina sistem imun tubuh yang bagus, namun jika kamu dalam pengambilan ubat untuk penyakit seperti darah tinggi anda perlu meminta nasihat dari doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil sebarang vitamin tambahan.
Ini adalah antara langkah yang saya perolehi melalui pencarian di internet. Jika anda ada langkah penambahan yang lain, jangan segan - segan untuk meninggalkan komentar.

On
2


key-holder-spy-camera-006
MP3 Micro Sport merupakan pemain MP3 yang paling kecil pernah saya lihat dan mungkin juga anda!. Ia juga mungkin yang terkecil di dunia. Ia tidak mempunyai butang kawalan yang banyak kecuali satu butang, dan ianya terlalu kecil dan cara menggunakannya ialah meletakkan terus ke telinga.
Menggunakan hanya satu butang untuk play, stop, skip dan volume. Namun MP3 MICRO SPORT ini juga didatangkan dengan pelbagai aksesori seperti gambr dibawah ini, termasuk satu kabel untuk menyalin lagu dari komputer anda.

mp3-micro-sport-earphone
Dijual dalam dua model kapasiti iaitu 2GB dan 4GB, ianya boleh didapati di laman ini GeekStuff4U. MP3 MICRO SPORT sangat sesuai digunakan ketika anda bersenam, berjogging atau bersukan (nama pun dah MP3 MICRO SPORT). Untuk melihat serta mengetahui lagi mengenai MP3 MICRO SPORT klik pada link yang disediakan.

mp3-micro-sport-300x300

p/s:- Ada ke orang nak beli?, sekarang orang dok cari MP4. Tapi kalau jumpa nak juga beli.

On Khamis, 29 April 2010
3

depp-sparrow
Pirates of the Caribbean : The Strangers Tides adalah sekuel Pirates of the Caribbean yang keempat, masih mengekalkan Johnny Depp sebagai Kapten Jack Sparrow. Lautan Carribean akan kembali gelora dengan gelagat - gelagat lanun melanun!.
Filem terbaru ini akan membawa jalan cerita berdasarkan buku On Stranger Tides, yang ditulis oleh Tim Powers. Tiada lagi watak lakonan Keira Knightly dan Orlando Bloom, tetapi masih mengekalkan Geoffrey Rush sebagai Kapten Barbossa dan memperkenalkan bintang baru yang menyertai filem sekuel ini iaitu Ian McShane (44 Inch Chest) sebagai watak jahat iaitu Blackbeard serta Penolope Cruz (Bandidas) sebagai anak perempuan kepada Blackbeard.
Antara plot utama sekuel kali ini ialah, bersambung dari filem sebelumnya Jack Sparrow dalam usaha mencari Fountain of Youth. Pada masa yang sama musuh terbaru, Blackbeard turut mempunyai tujuan yang sama dengan Jack Sparrow, maka tercetuslah konflik baru untuk filem sekuel ini nanti. Filem ini turut difilemkan di Hawaii.
Masih lagi dalam produksi dan dijangka akan ditayang musim panas 2011 di Amerika Syarikat, jadi tiada lagi trailer yang dikeluarkan. Cuma yang ada imej iklan di bawah ini.

Pirates_of_the_Caribbean _On_Stranger_Tides_1

p/s:- Lanun yang paling kaya ialah lanun cetak rompak. hehehehe...

On
9





Nokia N8, produk siri terbaru syarikat Nokia dalam meneruskan legasi mereka dalam industri telefon bimbit. Telefon pintar terbaru yang dikenali dengan nama N8 ini akan dilengkapi dengan sistem operasi yang dinaik taraf iaitu OS Syimbian 3. Syimbian OS3 juga merupakan OS yang dibina dengan sumber terbuka (open source) yang mana pengguna juga boleh membina sistem perisian untuk telefon pintar mereka.

Dilengkapi dengan kemudahan skrin sesentuh, N8 turut dilengkapi dengan kamera beresolusi 12MP (besar tu!), dan memori terbina dalaman sebanyak 16 Gigabait. Telefon ini akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini dan harga dijangka bawah dari USD500 atau dalam duit Malaysia lebih kurang RM1600 (kira murah la jugak harganya tu).

Lihat video mengenainya di bawah ini, untuk mengenali N8 dengan lebih dekat klik sini Nokia N8:-





p/s:- Sampai sekarang guna Nokia 3315, huhuhuhu!

On
2

Baju idaman semua pemain gitar ialah baju ini. Unik sekali kerana anda boleh bermain gitar menggunakannya!. Dibuat khas untuk mereka yang memang tidak dapat berenggang dari gitar.

rock_guitar_shirt_closeup

guitarshirt

Direka khas oleh ThinkGeek, ia dijual dengan harga USD29.99, lihat demo gitar dibawah ini:-


p/s:- Mana nak cari kat Malaysia?

On Rabu, 28 April 2010
3


Selamat malam buat anda, malam in saya ingin menulis satu lagi post berkaitan dengan tidur. Ia bukannya post mengenai tips tidur atau mengenai post gangguan tidur seperti post saya yang sebelum - sebelumnya.

Kali ini saya ingin menulis pula mengenai apakah faedahnya yang kita dapat jika kita tidur dengan cukup dan lena. Diketahui umum tidur diperlukan untuk merehatkan badan kita apabila sudah sehari suntuk bekerja, dan pada masa tidurlah tubuh kita dapat berehat dengan total.

Disediakan 5 faedah yang diperolehi melalu tidur yang cukup, antaranya:-
  1. Tidur yang cukup dapat mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung serta merendahkan kadar stress di dalam tubuh, Dimana ianya perlu untuk menghindarkan diri dari penyakit - penyakit kronik seperti sakit jantung, strok, diabetis, atritis, tekanan melampau dan kanser.
  2. Tidur mengurangkan hormon stress, dimana ini membantu menghasilkan sel baru tubuh dan memanjangkan usia organ tubuh.
  3. Tidur turut meningkatkan memori dan fungsi kognitif tubuh. Apabila kamu tidur, memori ingatan dan kemahiran organisasi anda dapat dikekalkan keupayaan. Manakala apabila kamu tidak mendapat tidur yang cukup, fungsi - fungsi tidak dapat bertindak dengan baik.
  4. Tidur juga dapat membantu anda dalam mengawal berat badan tubuh, kerana kalau anda lewat tidur hormon dalam tubuh akan memberitahu otak anda bahawa anda berasa lapar dan menyebabkan anda makan berlebihan.
  5. Tidur mengurangkan risiko dijangkiti penyakit. Dimana apabila anda tidur cukup 8 jam setiap malam, tahap hormon melatonin dan kortisol akan berada dalam tahap yang sihat. Kortisol mencegah dari sel menjadi rosak yang boleh membawa kepada kanser dan kortisol turut membantu sistem imun tubuh melawan penyakit.
Ini adalah antara beberapa faedah apabila anda mendapat tidur yang cukup, ingat anda perlu menjaga kesihatan anda sendiri untuk menjaga kesihatan orang lain di sekeliling anda. Kerana orang lain turut memerlukan anda tanpa anda sedari. Selamt blog walking dan ingat tidur awal!


 p/s:- Saya pun nak kena pratikkan tidur awal untuk dapat tidur yang cukup.

On
6




Selamat petang, siapa suka muat turun fail dari internet, terutamanya dari hosting seperti Rapidshare, Megaupload, Uploading, Hotfile dan bermacam lagi. Anda mesti pernah merasa kengkangan seperti saya ketika muat turun iaitu hanya satu fail boleh di muat turun dalam satu masa.
Malah selepas muat turun satu fail, dan ingin muat turun fail yang lain anda perlu tunggu sekurang – kurang 15 minit baru boleh muat turun fail yang lain. Ada cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan ini seperti mohon ip baru untuk internet anda melalui arahan Command Prompt dan menggunakan proxy anonymous.
Namun cara yang paling mudah ialah menggunakan laman sesawang yang menggunakan premium generator. Disini saya kenalkan anda dengan satu laman sesawang yang menggunakan kaedah ini.
Dikenali dengan RapidIt, dan beralamat di http://www.rapid8.com/, ia menyediakan kemudahan muat turun yang senang. Anda boleh juga muat turun 2 atau 3 fail dalam masa serentak tanpa perlu mendaftar dengan akaun premium.
Antara hosting yang boleh di muat turun dari laman sesawang ini ialah Rapidshare, Megaupload, Hotfile, DepositFiles, FileFactory, Easy-Share, MegaShares dan pelbagai lagi. Anda tidak perlu lagi menunggu masa untuk memuat turun fail yang seterusnya.
Kekurangan yang dapat dilihat pada laman ini ialah, fail yang di muat turun mungkin mengambil masa yang lama apabila anda memuat turun pada masa puncak kerana ramai orang yang menggunakan kemudahan yang disediakan di dalam laman sesawang ini. Lagi satu kamu akan dihidangkan dengan pelbagai iklan – iklan yang menaja laman ini. Namun laman ini masih menyediakan kemudahan yang baik untuk pemuat turun tegar seperti saya!.
Klik link ini http://www.rapid8.com/ untuk ke laman RapidIt, atau klik imej paparan skrin diatas.

p/s:- Mari memuat turun sampai lebam.

On
3

oren2




Siapa suka makan buah oren, tak kisah oren apa pun yang penting suka!. Pagi ini mari saya khabarkan pada anda apakah khasiat buah oren ini. Buah oren dilihat mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh.
Seperti di ketahui umum, buah oren kaya dengan vitamin C. Buah oren juga mempunyai vitamin lain yang dikenali dengan nama sitrus limonoid, dimana ianya membantu dalam melawan sesetengah kanser haiwan seperti kanser mulut, kulit, paru - paru, payudara dan kanser usus perut.
Para penyelidik cuba mencari jalan untuk menggunakan vitamin sitrus limonoid ini untuk kegunaan dalam perubatan manusia pula. Selain kedua vitamin yang disebut, oren juga merupakan sumber bagus untuk iron, yang mana ia membantu dalam merendahkan kadar kolestrol. Oren turut mengandungi kalsium yang baik untuk tulang.
vitamin yang terkandung dalam oren bagus untuk melawan bakteria yang mencegah anda dari selsema, satu berita baik dalam suasana H1N1 sekarang.

oren1


p/s:- Oren dan limau?, sama ke?

On
4


insomnia



Insomnia merupakan salah satu lagi penyakit tidur selain sleep apnea. Pernah saya terbaca dalam majalah Mastika, seorang penderita insomnia tidak dapat tidur dalam masa 20 tahun!, keadaan ini sangat krikital kerana badan kita perlukan rehat semasa waktu tidur.
Antara simptom mereka yang mengalami insomnia ialah, kesukaran untuk tidur walaupun sudah berjam - jam diatas katil. Selain itu penghidap gangguan tidur ini akan terjaga ketika tidur dan sukar untuk tidur kembali, Bangun terlalu awal diwaktu pagi dan badan berasa keletihan setelah bangun dari tidur. Serta simptom yang paling ketara ialah badan terasa keletihan di waktu siang seperti tidak mendapat tidur yang cukup.
Mari pula kita lihat apakah faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu menghidap gangguan insomnia. Faktor yang dilihat paling utama ialah berkaitan dengan emosi iaitu stress atau tekanan, persekitaran tempat tidur yang tidak sesuai seperti terlalu banyak bunyi bising, terlalu terang dan suhu yang tidak menyelesakan. Selain itu, perubahan waktu tidur juga mendorong kepada keadaan insomnia, malah pengambilan ubat untuk rawatan penyakit turut boleh menyumbang kepada gangguan insomnia.
Bagi anda yang merasakan anda mengalami gangguan insomnia ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk menghindar keadaan ini. Pertamanya buat jadual tidur yang sesuai, elakkan tidur petang dan aktiviti yang tidak sesuai sebelum tidur, Keduanya elakkan meminum kafein atau merokok terutamanya sejurus sebelum tidur. Ketiganya bersenam ketika hari siang dan bukannya pada lewat petang. Keempat elakkan pengambilan alkohol. kurangkan bunyi bising dan malapkan lampu ketika tidur, pastikan juga ruang tidur anda berada dalam suhu yang sesuai, dan yang paling utama jangan makan hidangan yang berat sebelum tidur.



p/s:- insomnia juga adalah penyakit tersampuk mambang tidur! ( buat lawak tak kelako )

On Selasa, 27 April 2010
5

awardfrenshipMate



Selamat malam, kali pertama dalam masa sebulan ini saya dapat Awards kerana berblogging. Terima kasih kepada ringgo sebab mentag nama saya. Terasa macam dapat Anugerah Bintang Popular la pulak. Yang bagusnnya dapatlah buat Post malam ini. Hehehe....

COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD.
Dapat grammy award pun tak macam ni da, gambar Teddy Bear tu. So cute la kaum hawa kata. Apa - apa hal terima kasih daun keladi, kalau ada award lagi sudi - sudilah untuk memberi.

BERITAHU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI:-
- Award ini telah telah diberi oleh seorang blogger misteri, yang hanya dikenali dengan nama ringgo dari http://akuringgo.blogspot.com/

1. TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5 - FIVE ..KENA JAWAP 10 SOALAN - DAN SETIAP 1 DENGAN 5 JAWAPAN.. :-
- Saya Kena Tag. Dapat Award! (cukup kut lima tajuk pos ni)

2. 5 NAME THAT PEOPLE CALL YOU:-
- Akuvision - nama pena di dalam berblogging
- Akudesign - nama pena di dalam reka grafik
- Daud - nama sebenar yang dipanggil oleh kawan - kawan dan keluarga
- Abang Daud - nama kawan - kawan panggil masa dekat Kolej Komuniti dulu
- Abang - adik - beradik yang lagi muda dari saya panggil

3. 5 IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:-
- 04 November 1982 - Hari lahir saya
- 17 Febuari 2004 - Arwah ayah meninggal
- 16 Ogos 2004 - Arwah abang meninggal
- 03 Jun 2005 - Arwah ibu meninggal
- 31 Mac 2010 - Hari mula berblogging

4. 5 THING YOU DONE YESTERDAY:-
- Buat posting blog
- Buat blog walking dekat blog kawan - kawan
- Makan
- Mandi
- Tidur

5. FIVE WAYS TO BE HAPPY..
- Gembirakan hati orang lain
- Sentiasa tersenyum
_ Fikirkan sesuatu yang positif
- Ketawa
- Jangan dengki orang
- Berusaha untuk mencapi kejayaan

6. 5 FAVOURITES MOVIES:-
- Forest Gump
- You Got Mail
- When Harry Meet Sally
- Rocky series
- Diehard series
- Transformers

7. FAVOURATES HOBBIES:-
- Guitar Hero
- PS2
- Melayari Internet
- Game Komputer ( The Sims 3! )
- Masak
- Tengok filem

8. 5 FAVOURITE PLACES FOR VACATION:
- Tanah Suci
- Australia
- Korea
- Jepun
- China

9. 5 REASON YOU ANSWER THE SURVEY:-
- Sebab kena tag
- Sebab nak Award tu
- Sebab kena jawab kalau kena tag
- sebab kena jawab kalau nak award
- suka hati lah saya nak jawab..hehehehe

10. 5 PERSON TO TAG...
- lienasts di http://mylittleone-danish.blogspot.com/
- anastasyea di http://anastasyea.blogspot.com/
- mieran di http://www.mieran87.co.cc/
- nourul di http://calledmenourul.blogspot.com/
- aini di http://ceriteras.blogspot.com/

On
2

Selamat petang buat pembaca blog, adakah kamu pengguna Adobe Photoshop. Kalau ya, kamu jangan lepaskan peluang untuk mempelajari teknik untuk menukarkan satu gambar realistik menjadi gambar model miniatur, lihat gambar dibawah untuk memahami maksud saya :-


446030361CAwQnR_fs miniture-1

Dan dibawah ini satu lagi contoh kesan khas miniatur:-

miniture-2 2880255370033579778ehZYVE_fs
Ingin mempelajari teknik ini?, boleh sahaja. Disebabkan saya malas nak tulis tutorial kat sini. Saya bagi link dan anda boleh pergi ke laman sebenar tutorial ini. Link tutorial ini dah lama berada dalam simpanan bookmark internet browser saya. Disini link tutorial:- Tilt Shift Tutorial


p/s:- Pilih gambar yang bersesuaian view, contohnya seperti gambar – gambar diatas.

On
9


1261555_apples_in_basket

Khasiat buah epal, tahukah anda mereka yang menghidap kanser disarankan untuk memakan buah epal. Walaupun epal bukan merupakan buah tempatan tetapi ianya sering menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai pencuci mulut (cara orang kita makan buah lepas makan nasi sebenarnya salah, patut makan buah dulu).

Pagi ini saya ingin berbicara mengenai khasiat buah epal ini, buah epal kaya dengan nutrien. Pertamanya ianya kaya dengan sumber antioksida iaitu flavanoid dan folifenel. Menurut kajian juga memakan 100 gram epal boleh memberi faedah antioksida berbanding pengambilan 1500 mg vitamin C.

Epal juga mengandungi jumlah mineral dan vitamin yang tinggi untuk memperkuatkan darah, ia turut memepunyai asid malic dan asid tartarik yang mencegah gangguan terhadap hati dan organ pencernaan manusia. Cuka epal juga dilihat boleh mencegah pembentukan batu karang.

Kulit epal mempunyai mineral pectin yang boleh menyingkirkan toksik dengan membekalkan asid galakturonik. Pectin juga dilihat mencegah protein dalam tubuh daripada rosak. Pemakanan epal pada setiap hari turut juga membantu dalam menurunkan kadar kolestrol dan mengurangkan penyakit berkaitan kulit.

Pengambilan buah epal disyorkan kepada mereka yang mempunyai penyakit seperti Obesiti, pening kepala, atritis, asma, sakit berkaitan usus, gonorea, anemia, TB, neuritis, insomnia dan bermacam lagi!. Epal buah yang juga dianggap ajaib.

1167998_85423922

p/s:- Nak buat jus epal la pagi ni, siapa nak?

On
6

Zaman sekarang setiap orang mesti memiliki sekurang – kurangnya satu USB Thumb Drive, saya sendiri mempunyai lebih dari lima. Kalau dulu 256MB berharga RM200++, sekarang 16 Giga boleh didapati bawah RM100.

Disini saya paparkan beberapa buah USB Thumb Drive yang unik dan jarang kita lihat ianya dijual dikedai – kedai komputer sekitar Malaysia. Antaranya :-

canon-5d-markii-flash-drive-300x220

- Siapa yang berangan nak ada DSLR, beli je nak ni dulu.


Lego-USB-Flash-Drive-300x226

- USB Thumb Drive Lego


transformers-usb

- Transformer!, mesti beli kalau jumpa.


transformers-usb-drive

- Decepticon, pn mesti beli kalau jumpa!


usb_alien_monster-300x217

- Alien!


usb_grenade_flash_drive-300x293

- Fire in the holes, Kaboom!


usb_peg

- Retro tu sepit baju!


USB-Flash-Drive-Finger-300x224

- Baru betul "thumb" drive!


usb-mini-cooper-300x175

- Tak mampu beli yang betul, beli je yang ni dulu.


Menarik bukan?, Yang paling menarik perhatian saya ialah yang berbentuk jari dan kamera Canon.

p/s:- Yang bentuk jari tu, baru betul – betul USB Thumb Drive!

On Isnin, 26 April 2010
5


F1-Simulator-300x200

Salam ziarah!, ayat biasa saya semasa membuat blog walking. Anda peminat F1?, kalau anda minat, anda harus membaca post gajet ini. Cruden sebuah syarikat pembuat simulator telah membina sebuah simulator F1 yang bernilai lebih dari 120 000 pound atau dalam matawang Malaysia ialah RM 575 500!. Lebih dari setengah juta tu!.

Simulator F1 ini dikenali dengan nama Hexatech. Simulator ini boleh memberi pengamalan yang lebih kurang sama dengan pemanduan F1 yang sebenar dari segi tekanan graviti dan dari segi suspension.

Simulator F1 ini turut disertakan dengan 3 paparan skrin berdimensi 42 inci dan projektor stereo yang memberi rasa realistik dalam pemanduan. Anda juga boleh mengkonfigurasikan samada satu kerusi sehingga 3 bersama kokpit terbuka atau dengan kit badan yang lain.

Simulator F1 ini juga memerlukan bekalan kuasa 5KW perjam dan ruang berkeluasan 2.3M x 3M dan ketinggian siling 3M serta lantai yang boleh menampung berat 1000KG atau 1 tan. Mak aih, beratnya simulator F1 ini!.

F1-Simulator-Screens

p/s:- Kumpul duit nak beli benda ni, sehari seposen.

On
2

2012061384-japan-eyes-mind-reading-devices-robots-by-2020

Mind Reading, satu lagi teknologi dari negara Jepun yang akan mengangkat nama negara matahari terbit itu dalam lipatan sejarah teknologi. Sebagai front liner dalam teknologi terkini, negara Jepun tidak pernah jemu untuk terus mencipta.

Oh ya, sebelum terus mencoret artikel, ucapan selamat pagi buat anda yang sedang membaca. Sudah bersarapan?, jangan biarkan perut anda kosong. Kalau belum makan, lepas baca artikel ini pergi sarapan cepat.

Ok sambung pada artikel tadi, negara Jepun bakal membangunkan satu teknologi robot yang boleh dikawal melalui minda manusia, dalam BI disebut mind reading robot. Nikkei melaporkan berita ini pada khamis lepas. Dalam masa sedekad atau 10 tahun Jepun berharap dapat memasarkan teknologi ini.

Teknologi menggunakan satu alat yang menggunakan kaedah teknologi-antaramuka-mesin-otak (brain-machine interface technology), dimana ia akan menganalisa corak gelombang otak dan aliran darah dan ia akan dikesan melalui set kepala yang diletakkan sensor.

Penghasilan teknologi ini adalah antara kerjasama pihak kerajaan Jepun dan juga sektor swasta di Jepun. Antara aplikasi teknologi ini ialah, manusia boleh membuka set TV tanpa menekan alat kawalan, menghantar mesej di telefon tanpa perlu jari anda menaip, sistem navigasi kereta yang boleh mencari restoran apabila pemandunya lapar, dan juga alat pendingin udara yang boleh dikawal dengan hanya menggunakan minda manusia. Ia juga akan disertakan dengan satu robot yang boleh membantu golongan tua dan kurang upaya (saya suka) untuk mengangkat bebenan.

Antara syarikat - syarikat ingin turut serta dalam teknologi ini ialah Toyota, Honda, Hitachi ( nama - nama besar dalam teknologi robot tu!). dan juga Institut Teknologi Informasi dan Komunikasi Kebangsaan, Universiti Osaka serta Insitut Kajian Telekomunikasi Lanjutan.

p/s:- Dahsyat tu nama - nama yang terlibat dalam pembikinan teknologi ini!

On Ahad, 25 April 2010
8

"The Twilight Saga: Eclipse", filem sekuel 3 selepas "Twilight" dan "New Moon" akan menemui penonton penghujung bulan Jun tahun ini. Bagi saya kedua - dua filem sebelum ini sikit menghampakan kerana kurang aksi, sebagai peminat filem aksi dan pembaca novel saga ini ianya agak lari dari imaginasi saya. Benarlah orang cakap, kalau nak tengok filemnya jangan baca novel terlebih dahulu kerana ianya pasti lari dari apa yang kamu bayangkan.

Kali ini sekuel bagi trilogi ini dilihat agak menarik kerana ia tidak hanya fokus pada epilog cinta tiga segi antara Bella, Edward dan juga Jacob. Tapi ia lebih pada permusuhan antara pontianak "baik" bergabung dengan kawanan serigala jadian Jacob untuk menentang Victoria yang telah menubuhkan satu kumpulan pontianak "jahat" yang mahu membalas dendam terhadap kematian James yang berlaku dalam filem pertama dahulu. Sasaran mereka adalah Bella sendiri.

Samada filem ini mendapat sambutan ramai atau tidak, yang pastinya filem saga ini sendiri telah ada golongan peminatnya yang tegar. Perancangan untuk sekuel yang seterusnya juga ada ura – ura mengatakan ianya akan terlaksana. Apa pun kita tunggu!.

Lihat trailer filem "The Twilight Saga: Eclipse" di bawah ini, untuk ke laman utama klik gambar diatas:-

p/s:- Segamat takde panggung, tengok kat internet sudah!

On
11


mug1

Tengah seronok baca berita di internet, tiba - tiba saya terserempak dengan satu laman sesawang yang memaparkan gajet ini. Agak unik dan ianya sesuai untuk penggemar minuman panas dan malas untuk menggodak air menggunakan sudu (senang cerita malas nak kotorkan sudu la ni, atau pun memang pemalas!).

mug3

Gajet yang merupakan sebuah kole ini dikenali sebagai Self Stirring Lazy Mug ( Kan dah cakap, dari nama pun dah tahu "Kole Malas nak Kacau Sendiri" ). Produk ini direka oleh Plain Lazy untuk digunakan bagi penggemar kopi, teh, minuman coklat atau minuman yang melibatkan godakan (betul ke perkataan tu).

mug2

Kole ini dikuasakan dengan bateri dan ia boleh mengekalkan suhu panas air anda dalam tempoh yang lama. Ukuran dimensi untuk kole ini ialah 9cm X 11cm X 11cm dan seberat 200 gram (berat jugak tu!).

Ianya boleh dibeli melalui laman ini dengan harga GBP9.99 atau RM48++. Lihat demo video dibawah ini:-

p/s:- Kata – kata dekat badan kole ni yang best, “Make Tea Not War”.

On
4

my_documents_laptop_sleeve-300x300

Tiba - tiba rasa seronok pula nak buat post pasal benda ni. Beg laptop yang menyerupai folder My Documents ini memang menarik perhatian saya. Ironinya kamu membawa laptop di dalam My Documents yang terdapat di dalam laptop anda (Faham atau tidak, saya pun kurang faham dah ni). my_documents_laptop_sleeve_inuse

Menyerupai bentuk ikon My Documents dan berwarna kuning terang serta dilengkapi dengan caption My Documents dan juga cursor pixilated (merupakan sebuah pin)!, ia memang menyerupai ikon My Documents yang terletak di desktop komputer anda.

my_documents_laptop_sleeve_cursor

Antara ciri - ciri lain berg laptop ini ialah:-

  • Diperbuat dari neoprane.
  • Muat untuk laptop yang berukuran sehingga 15.4".
  • Berdimensi 38cm X 32.5cm X 2.5cm.
  • Tidak terhad pada laptop yang menggunakan Windows OS sahaja, hehehe...lawaklah tu!


p/s:- Kini My Documents boleh dibawa kemana – mana, cuma takut hilang sebb kena gigit dengan tikus bukannya virus komputer!

On Sabtu, 24 April 2010
10

Bertemu lagi dalam post terbaru untuk malam ini, mesti ramai yang tengah tunggu depan TV tu nak tengok konsert AF kan?. Biasalah hari minggu, siang dah berjalan, malam nak bersantai la pulak tengok TV.

Kalau pergi pasaraya, mana anda akan pilih, tangga atau escalator?. Jawpannya mestilah yang kedua tu kan, biasalah lumrah manusia yang senang tu yang kita akan pilih ye tak?. Tapi bagaimana kalau tangga yang kamu tidak pilih itu ada sesuatu yang unik mengenainya. Misalnya ia boleh berfungsi seperti piano. Tentu anda mahu memcubanya kan?.

Petang tadi, saya ada terjumpa satu video di laman Youtube yang menarik untuk saya buat post iaitu video mengenai tangga yang berfungsi seperti piano!. Dimana pereka tangga ini telah merekacipta satu tangga yang boleh mengeluarkan bunyi dari nada rendah sehingga nada tinggi di setiap anak tangga, dan bunyi itu dihasilkan apabila orang memijaknya.

Menarik bukan!. Sebuah kamera telah dipasang untuk merakam reaksi orang ramai sebelum dan selepas tangga itu dipasang nada - nada muzik. Hasilnya rakaman menunjukkan orang ramai yang menggunakan tangga bertambah sehingga 66%. Malah pakcik dengan makcik yang dah tua pun bersemangat menggunakannya, dan ia adalah satu senaman juga!.

Lihat video yang dirakam dibawah ini, ianya diambil dari laman sesawang Youtube sendiri:-

p’s:- Dah lama tak naik tangga, asyik naik minyak je…

On
14

jgung

Pagi semua, hari ini rasanya saya ingin bersarapan dengan memakan jagung, ingat jagung teingat pula filem lakonan Matt Damon sebagai seseorang yang mengalami gangguan Bipolar Disorder dalam filem The Informant yang bekerja dengan sebuah syarikat berkaitan jagung. Namun bukan saya mahu membuat ulasan tentang filem ini, tetapi mahu berkongsi pengetahuna dengan pembaca blog ini mengenai khasiat jagung.

Jagung dilihat sebagai makanan yang mengandungi serat yang baik untuk tubuh. Serat yang tinggi yang terkandung dalam jagung ini memberi faedah baik terhadap tubuh, dimana serat boleh membantu untuk menurunkan kadar kolestrol dan mengurangkan risiko kanser usus, malah serat dilihat boleh merendahkan kadar gula dalam darah bagi pengidap diabetis.

Selain serat, jagung turut mempunyai kandungan nutrien yang lain antaranya ialah:-

  • Tiamin (Vitamin B1) yang bagus untuk metabolisme tubuh.
  • Asid Pantotenik (Vitamin B5) yang membantu dalam fungsi psikologi.
  • Folat yang membantu dalam pembentukan sel baru khasnya bagi para ibu sebelum dan semasa mengandung.
  • Vitamin C yang penting untum melawan penyakit.

Jadi jom kita pergi pasar beli jagung banyak – banyak!

jagung 2

p/s:- Nak pergi beli jagung manis la kejap lagi, buat puding.

On
1

Kenapa saya rasa seram sejuk tiba – tiba ni, oh tidak rupanya saya sudah kena tag dengan cik nourul kita ni. Kali pertama kena tag ni, ingatkan boleh elak rupa – rupanya terkena juga. Tapi suka juga rasanya, kira kehadiran saya di dunia blog ni ada juga yang sedari. Terima kasih buat kamu nourul.

Saya kena tag apa?, saya kena tag untuk menceritakan kisah sekeping gambar. Bak kata pepatah Inggeris “picture tell a thousands story”. Tapi mungkin gambar saya ini tidaklah beribu ceritanya, ianya hanya satu cerita yang agak sentimental. Sudah cukup panjang mukadimah post ini. Sebelum kita terus pada gambar, kita lihat dulu antara syarat – syaratnya iaitu:-

  • Pergi ke folder “My Pictures” atau dimana saja anda simpan fail – fail gambar, dan pilih folder ke – 8.
  • Pilih gambar ke – 8 dalam folder tersebut.
  • Buat post mengenai gambar itu berserta cerita disebaliknya.
  • Kemudian cabar atau tag 8 orang jurublog atau rakan blog untuk perkara yang sama.

Ok, itulah antara syarat – syarat yang telah saya ikuti dan hasilnya setelah menjelajah ke folder gambar di dalam komputer saya hasilnya adalah gambar ini:-

akuditag

Kisah disebalik gambar:-

Kalau tak silap saya gambar ini diambil semasa lawatan ke Muzium Negara di Kuala Lumpur. Gambar ini telah diimbas dari gambar filem, jadi kualiti kejelasannya agak kurang. Mereka yang ada di dalam gambar ini dari kiri gambar ialah adik perempuan saya Azlina (seorang jurublog juga), arwah ayah saya En. Aris (Al-Fatihah buat rohnya), adik perempuan bongsu saya bernama Rosnah (sedang menuntut di Australia), saya berbaju putih (gambar goku) sedang memangku adik sepupu saya dan yang kanan sekali arwah mak Pn. Siti Khatijah (Al-Fatihah buat rohnya).

Tamat sesi pengenalan watak didalam gambar, kembali pada ceritanya. Gambar diambil semasa saya berusia 12 tahun, masa tu cuti sekolah darjah 6 (1994) mak dengan ayah serta dua adik saya pergi ke Kuala Lumpur untuk makan angin. Pergi KL masa tu naik bas, kereta ada tapi arwah ayah tak berani nak bawa kereta kerana tidak biasa dengan jalan KL. Jadi kami semua berjalan dengan kereta Pak Su saya, jadi budak lelaki yang saya pangku di dalam gambar di atas adalah anak lelakinya.

Kami menumpang di rumah Pak Su selama tiga hari. Jalan – jalan pergi KL pun kami menaiki kereta Pak Su, seronok masa tu. Tidak silap saya ini adalah tempat pertama kami kunjungi iaitu Muzium Negara. Masuk percuma sebab, kurator Muzium kawan Pak Su saya, Selepas itu kami berkunjung ke Zoo Negara dan Tugu Negara. Saya rasa inilah kali pertama saya pergi KL dan jalan – jalan tempat begini dan kali pertama saya makan KFC (sehingga menjilat jari). Dapat berjalan di KL ni pun atas dasar ayah saya ada urusan di Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera, jadi ada kesempatan arwah ayah bawa kami sekali untuk makan – makan angin.

Satu yang kelakar pada gambar ini ialah, jika dilihat gambar wajah adik saya yang disebelah kiri sekali itu telah dihilangkan, nak tahu kenapa?. Ni kes gaduh adik – beradik masa kecil – kecil dululah. Dengki sana, dengki sini. Entah makhluk manalah yang sanggup buat gambar orang macam tu (adakah saya?, oh tidak?). Namun ini gambar yang menyimpan seribu memori manis bersama saya dengan kedua arwah orang tua saya. Betullah orang kata, gambar boleh menyimpan seribu cerita dalam perspektif yang berbeza.

Tamat bercerita tentang gambar dengan panjang berjela sampai orang pun mengantuk nak baca. Inilah namanya cerita syok sendiri. Sekarang masa yang saya tunggu – tunggu, tag 8 orang. Saya tag:-

  1. Liennasts
  2. Anastasyea
  3. Faheem
  4. HotMaMa
  5. ~ ALIEN ~
  6. MineMixs
  7. ziRaH
  8. sugar2 kapas strawberry
Kamu telah ditag oleh saya, apalagi mari berkongsi cerita!.

p/s:- terbalik sikit kata - kata, "don't love the player, love the game". Hehehehe...

On
3

Print Brush A4 merupakan sebuah mesin pencetak terkecil didunia!. Tak percaya cuba tengok gambar diatas saiznya boleh dianggap sebesar stapler sahaja, menarik dan boleh dibawa ke dalam beg atau poket seluar. Print Brush A4 direvolusikan dari keluaran terdahulu iaitu PrintBrush 4X6.

Senyap dan boleh membuat cetakan diatas apa jua permukaan, tambahan pula ianya tanpa kabel dan tanpa wayar. Sesuatu ciri yang begitu memudahkan pengguna. Antara spesifikasi utama pencetak mini ini ialah:-

Beresolusi setinggi 1200dpi dengan warna penuh.
Menggunakan teknologi cetakan inkjet dan RMPT.
Kelajuan maksimun 400mm per saat.
Seberat hanya 250 gram.
Mempunyai sambungan Blueetoth dan WIFI.
Bekalan kuasa cas semula iaitu bateri Li-Pol.

Menarik bukan?, saya pun rasa macam nak beli satu. Untuk ke laman sesawang produk klik imej di atas atau pada link ini , untuk demo lihat video dibawah ini:-

On Jumaat, 23 April 2010
7

, kali pertama saya singgah di blog ini selama saya menjadi juru blog dalam tempoh sebulan ini. Kenapa ianya menjadi pilihan untuk post saya?, saya pun kurang pasti. Mungkin kerana penulisan yang menyentuh jiwa dan santai untuk saya baca.

Blog yang menampilkan template yang asas dengan penulisan post yang santai membuatkan saya terus membaca dari satu post ke satu post. Mungkin satu hari nanti saya boleh mencari rentak penulisan seperti di blog .

Sekian untuk post malam ini. Buat blog - blog lain, kamu juga bermakna buat saya dalam mencari inspirasi dalam posting.

On
6

200x266_jamescameron

James Cameron membuat kenyataan mengenai sekuel Avatar yang akan diarahkannya, satu berita baik buat saya dan peminat filem Avatar yang lainnya. Kali ini Cameron mendedahkan filem sekuel akan berkisar dan membawa penonton mengembara keindahan kehidupan marin akuatik yang terdapat di planet Pandora, dan pastinya filem sekuel ini akan menelan belanja yang lebih besar.

Cameron yang sebelum ini pernah mengarah Titanic dan juga The Abbys, dimana keduanya adalah berkisar mengenai dengan lautan dan tentu ianya serasi dengan jiwa Cameron. Cameron juga berkata yang beliau masih lagi ingin menerokai sistem bulan yang terdapat di sekitar planet Pandora tetapi fokus itu akan difilemkan dalam sekuel yang seterusnya.

Maknanya sudah dipastikan filem Avatar akan menjadi trilogi, namun masih adakah sekuel keempat selepas itu?, sama - sama kita tunggu!.

avatar-movie-still

p/s:- Tengah tunggu filem Avatar The Last Airbender!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...