Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Jumaat, 16 April 2010
1


snore

Berdengkur merupakan salah satu juga gangguan tidur selain “sleep apnea”. Hampir kesemua orang pernah berdengkur. Malahan bayi dan binatang peliharaan seperti kucing dan anjing juga pernah mengalaminya. Berdengkur boleh mengganggu kuantiti dan kualiti tidur anda. Tidur yang kurang akan menyebabkan badan terasa letih di waktu siang, ketidaktumpuan dan meningkatkan masalah kesihatan badan.

Berdengkur juga boleh mempengaruhi keadaan tidur orang lain seperti teman serumah, ahli keluarga mahupun pasangan anda. Pernah terjadi di luar negara, seorang teman sekolej membunuh kawannya kerana akibat berdengkur.

Tetapi usah bimbang kerana dengkur sendiri mempunyai banyak kaedah rawatan atau pencegahan. Mencari penyebab dengkuran dan mencari cara untuk mengatasinya adalah saling berkait antara satu sama lain.

Cara untuk mengelakkan dengkuran

Dengkur selalu diliat sebagai satu keadaan yang mana ianya tidak boleh dielak, tanggapan ini sebenarnya salah. Jika ingin mengelakkan atau lebih tepat lagi mengurangkan kadar frekuansi dengkuran itu, penyebab dan tahap seriusnya perlu diambil kira, kerana pengenalpastian penyebab dengkur akan memberi maklumat dalam mencari kaedah rawatan yang sesuai.

Antara langkah asas dalam mencegah dengkur ialah:-


Tidur secara mengiring iaitu tidur dengan posisi sisi kanan anda.
Tinggikan kepala katil atau guna bantal yang lebih tinggi.
Hadkan pengambilan alkohol atau ubat – ubatan.
Bersihkan rongga hidung anda.

Kurangkan berat badan anda.

Jika langkah ini sudah diambil tetapi keadaan dengkuran masih sama atau semakin teruk, kaedah rawatan yang lebih intensif perlu dilakukan contohnnya contohnya melakukan prosuder pembedahan di sekitar rongga pernafasan anda.

1 Komen disini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...