Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Selasa, 6 April 2010
0


Sedang aku melayari laman sesawang 'Youthsays' pagi tadi, terlihat satu soalan di ruangan komuniti bertanyakan, "bolehkah anda hidup tanpa telefon bimbit selama seminggu?". Jawapan aku "ya", lalu aku dapat idea nak buat 'post' mengenai telefon awam.

Sebelum telefon bimbit, ni la telefon yang selalu kita cari kalau nak telefon keluarga, kawan, awek, pakwe, buat panggilan kecemasan, buat panggilan kecemasan palsu pun ada!. Teringat la pulak aku masa zaman belajar kat UiTM Dungun dulu, kalau nak guna telefon punyalah kena beratur panjang. Telefonnya ada banyak, tapi yang boleh guna satu je!.

Telefon lain semuanya dah OKU, ada yang ganggang dah takde, tempat masuk kad atau duit syiling dah pecah, tetapi yang aku paling pelik ganggang ada, badan telefon pula yang hilang. Macam mana tu?

Ni la kalau dah pandai sangat orang kita ni?, kreatif ubahsuai kemudahan awam dengan semangat 'VANDALISME' yang menebal. Teringat pula duit tabung aku jadi tempat tukar duit dengan kawan - kawan yang kemaruk bercinta. Kalau yang guna kad pula, dekat koperasi UiTM tu mesti dah habis stok.

Macam - macam hal, kalau nak kenang balik memang la kita pelik, macam mana ya kita boleh hidup tanpa telefon bimbit masa tu?, sekarang pantang lepa mana letak telefon, menggagau la merata mencari.

Tapi telefon awam ni memang kita tak boleh lupakan, bukan semua mampu pakai telefon bimbit. Jagalah telefon awam sebaiknya, selalu kita cakap dekat luar negara tu mereka semua tak buat benda 'vandalisme' ni, tapi itu yang kita nampak kat TV, yang depan mata?, sama je!. Budaya 'vandalisme' ni merata - rata ada. Cuma menjaga kemudahan awam ni tanggungjawab kita bersama!.

0 Komen disini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...