MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Sabtu, 10 April 2010
3


Ada terbaca dekat laman sesawang utama Yahoo tempoh hari, menceritakan tentang sebuah filem berunsurkan homoseksual kemungkinan akan ditayangkan dalam beberapa bulan akan datang di Malaysia, dan yanng menjadi panasnya filem ini adalah buah tangan dari anak Malaysia sendiri!.

Arahan pengarah yang penuh dengan kontroversi dengan filemnya yang sebelum ini, Raja Azmi cuba memecah tradisi. Filem yang diberi tajuk Dalam Botol berkisar tentang hubungan sepasang lelaki renggang apabila salah seorang darinya melakukan pembedahan jantina. Idea dan skrip ini juga berdasarkan pengalaman kawan Raja Azmi sendiri.

Skrip ini telah pun dihantar ke Finas dan telah mendapat kebenaran lampu hijau untuk di filemkan tetapi tajuk asalnya perlu diubah, Tajuk sebelum ini ialah 'Anu Dalam Botol'. Tetapi yang pasti filem ini bakal mencetuskan kontroversi sekali lagi.

Dengan bermodalkan lebih $ 200 000, Raja Azmi berharap versi filem yang tidak di potong akan dapat ditayang di luar negara. Err... apa pendapat anda?

3 Komen disini:

LUKISAN PENA berkata...

Tak abih-abih lagi lah Raja Azmi nih...dari dulu suka menongkah arus...tapi harap ada pengajaran dari cerita nih walaupun review dalam blog belum sepenuhnya aku agak kurang selesa dengan konsep dia..

kita tengok dan nilai,.kalau tak tengok tak boleh nak kata ikut suka hati..

akuvision berkata...

raja azmi memang suka timbulkan kontroversi, dia cuba mencetus tradisi masyarakat kita yang skeptik dengan masalah sosial, orang buat dosa, kita buat buta, orang nak berubah kita assume dia dah buang tebiat. Kalau ada unsur pengajaran, mungkin filem in bagus, tapi kalau filem in menunjukkan hubungan songsang in halal, tak tahulah apa implikasinya

tirah watif berkata...

teringat satu filem, yg asalnya sy nak tgk, tapi tak jadi.
BRUNO.
semua mengenai kehidupan seorang gay.

duh!
seb baik auntie kedai cd tu cakap "filem tu kan melibatkan isu agama".

^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...