Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Ahad, 11 April 2010
0


Ini lagi satu cerita menarik, seorang remaja lelaki berumur 16 tahun berasal dari Arkansas, Amerika menyaman ibunya kerana melakukan gangguan dan menuduh ibunya menggodam akaun facebook miliknya dan menabur kata - kata fitnah ( ayat tak ingat punya ) melalui akaunnya itu.

Denise New, ibu kepada remaja lelaki tersebut menafikan terduhan tersebut, dan berkata anaknya yang membiarkan akaun facebook terbuka di komputer ibunya. Ibunya hanya mengambil tindakan memceroboh akaunnya itu apabila membaca facebook anaknya mempunyai post yang tidak disukainya.

Menurut kata anaknya pula ( nama tidak disebut kerana masih bawah umur ), ibunya menukar kata laluan akaun email dan facebook supaya dia tidak boleh memasuki kedua - dua akaun tersebut. Apa yang pasti ibunya tidak akan menyerah kalah kepada anaknya itu dan sanggup membawa kes ini ke mahkamah.

Ini adalah kerana Denise New berpendapat ibu bapa mempunyai hak untuk mengawal kelakuan anak mereka ketika berada di dalam talian internet ( online kata orang putih ). Memang betul pun pendapat ibu dia tu.

Memang la ini dah jadi satu kes berat kalau dah sampai saman menyaman, silap - silap si ibu dia yang saman balas anak dia balik. Teringat pula kisah Raja Suzana kena saman, itulah padahnya kalau jadi Tanggang moden!. ( Gambar Denise New diatas )

0 Komen disini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...