MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Jumaat, 9 April 2010
2


Selamat pagi semua!, tahukah anda kegunaan lain ubat gigi ini selain untuk digunakan untuk mencuci gigi anda?. Ubat gigi mempunyai kandungan kalsium, agen antibakteria yang boleh merebak di dalam gigi anda. Kandungan in sekali gus membantu membersihkan gigi anda dan mencegah jangkitan kuman sepanjang hari.

Tapi yang kita tidak tahu kandungan bahan kimia ini juga boleh digunakan untuk kegunaan lain. Pertamanya ia boleh meredakan kesan melecur dan luka pada badan anda. Selain itu ia juga boleh menghilangkan bau bawang dari tangan anda, jadi jika anda memasak di dapur dan sudah menggunakan sabun untuk mencuci tetapi tidak berkesan, cucilah dengan menggunakan ubat gigi. Ianya pasti akan hilang.

Yang lebih menarik, ianya juga boleh menghilang tompok kotoran pada pakaian. Anda cuma sapu pada tompok kotoran dan basuhkannya. Bagi pemilik barang kemas, ubat gigi juga boleh menghilangkan kesan kotoran yang lusuh.

Jadi semasa anda menggosok gigi pagi ini, fikirlah kegunaannya yang lain!

2 Komen disini:

Nashays berkata...

lagi cepat abeh laa ubat gigi pasni..bukan setakat elak karies je... :P

f is fikah berkata...

baru tau, ubat gigi boleh hilang bau bawang kat tangan!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...