Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Sabtu, 17 April 2010
1


htc-droid-incredible

Peminat telefon pintar ( smartphone ) pasti akan teruja dengan telefon bimibt terbaru yang akan dikeluarkan oleh syarikat pengeluar telefon HTC. Telefon yang dikenali dengan nama HTC Droid Incredibles ini akan menemui pembeli di akhir bulan April ini, iaitu pada 29 April dan dibuka untuk tempahan mulai Isnin 19 April ( tarikh untuk perlancaran di Malaysia tidak diketahui lagi ).

Menggunakan sistem operasi Droid yang diusahakan oleh Google ( kalau tak silap la, Droid tu dikeluarkan oleh Google, dan ianya adalah singkatan dari Android ). Nama penuh bagi telefon terbaru ini Verizon HTC Droid Incredibles, dan ianya dianggap sebagai telefon HTC yang terbaik dihasilkan dari segi spesifikasi.

Antara spesifikasi telefon ini ialah ianya menggunakan sistem Android 2.1, mempunyai sambungan Bluetooth dan Wifi, GPS, kamera 8MP, 512 RAM, Pemproses 1 GHZ QSG8650 dan juga skrin sentuh AMOLED 3.7 inci.

Telefon Droid yang terdahulu iaitu, The Droid Hero dan The Droid Eris mendapat sambutan yang hangat sebelum ini. Diharap Droid Incredibles turut mendapat sambutan yang sama. Harga untuk HTC Droid Incredibles adalah sekitar USD 199.

1 Komen disini:

edi berkata...

wao oke banget!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...