Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Sabtu, 24 April 2010
10

Bertemu lagi dalam post terbaru untuk malam ini, mesti ramai yang tengah tunggu depan TV tu nak tengok konsert AF kan?. Biasalah hari minggu, siang dah berjalan, malam nak bersantai la pulak tengok TV.

Kalau pergi pasaraya, mana anda akan pilih, tangga atau escalator?. Jawpannya mestilah yang kedua tu kan, biasalah lumrah manusia yang senang tu yang kita akan pilih ye tak?. Tapi bagaimana kalau tangga yang kamu tidak pilih itu ada sesuatu yang unik mengenainya. Misalnya ia boleh berfungsi seperti piano. Tentu anda mahu memcubanya kan?.

Petang tadi, saya ada terjumpa satu video di laman Youtube yang menarik untuk saya buat post iaitu video mengenai tangga yang berfungsi seperti piano!. Dimana pereka tangga ini telah merekacipta satu tangga yang boleh mengeluarkan bunyi dari nada rendah sehingga nada tinggi di setiap anak tangga, dan bunyi itu dihasilkan apabila orang memijaknya.

Menarik bukan!. Sebuah kamera telah dipasang untuk merakam reaksi orang ramai sebelum dan selepas tangga itu dipasang nada - nada muzik. Hasilnya rakaman menunjukkan orang ramai yang menggunakan tangga bertambah sehingga 66%. Malah pakcik dengan makcik yang dah tua pun bersemangat menggunakannya, dan ia adalah satu senaman juga!.

Lihat video yang dirakam dibawah ini, ianya diambil dari laman sesawang Youtube sendiri:-

p’s:- Dah lama tak naik tangga, asyik naik minyak je…

10 Komen disini:

Audio Rifai berkata...

manatap jugaa. kaalau da d indonesiaaa

Hafiz Yusof berkata...

unik tangga mcm tu

nabilah_2908 berkata...

wah...if tngga kt lrt majid jamek buat cm ni..cool gak kn..? :)

Rafi Harumin berkata...

bagus gak ada benda neh.... agak2 kalau buat kat tangga batu caves tu ok ke tak?

Ameer berkata...

menarik.. hahah

Unknown berkata...

wat kat malaysia la bagus.. haha ashafi, bagus idea tu.. alamak tak diam la batu caves.. hahaha

akuvision berkata...

Batu Caves, bagus jugak idea tu, hari thaipusam meriah la

najihah berkata...

HAHA..try buat kat batu caves dulu..

Nekmo berkata...

ee....bestnyee tengok..
klu wat kat m'sia ni sure menarik..hehe

shynabaina berkata...

klu budak2 mesti turun naik jer seronok berbunyi..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...