MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Selasa, 13 April 2010
2


Dua hari lepas perisian azan dan doa dalam telefon bimibit dah tamat tempoh, perlu muat turun yang terbaru. Dah lama dah tak masuk laman utama perisian ini, pagi ni terlintas nak melayari laman tersebut. Terkejut sebab dah banyak perisian yang mereka letak dekat laman tersebut, dan semuanya adalah percuma.

Laman yang dimaksudkan ialah laman sesawang perisian islamik iaitu www.searchtruth.com. Laman ini menyediakan banyak perisian berunsurkan islam khas untuk telefon bimibit anda,dari "99 Allah Names", Doa, "Athan" dan pelbagai lagi. Selain itu ada juga perisian untuk komputer anda.

Apa yang menarik perhatian, kesemua perisian boleh disetkan ke Bahasa Melayu dan ianya sungguh mudah serta percuma. Selain itu laman ini turut menyediakan kod komputer untuk diletakkan ke laman sesawang biasa atau laman blog anda. Apa yang pasti ianya adalah percuma dan berkualiti!.

Perisian yang paling menarik perhatian aku ialah, "mobile Quran recital". Klik gambar diatas untuk ke laman sesawang utama perisian ini. Selamat muat turun!.

2 Komen disini:

cikkiah berkata...

waahh..terima kaseyh bnyk2...dh lme cari..hehe :)

akuvision berkata...

sama - sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...