Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Isnin, 19 April 2010
0




Kelmarin saya ada terbaca artikel di internet dari Peranchis yang melaporkan tentang penemuan harimau bintang di Taman Negara Endau-Rompin, Malaysia. Mungkin
semalam atau hari ini berita ini sudah tersebar luas di media hingga media di Peranchis turut menyiarkan berita mengenainya.

Penemuan ini disertakan dengan bukti penangkapan imej spesis harimau ini melalui kamera litar tertutup ( 70 kamera kesemuanya ) yang dipasang di sekitar Taman Negara Endau-Rompin untuk tujuan penyelidikan haiwan yang menghuninya. Penyelidikan ini telah dijalankan hampir sepuluh tahun.

Ini memberhentikan perdebatan tentang samada wujud atau tidak haiwan spesis ini di Malaysia, untuk perhatian juga spesis harimau bintang ini di kategorikan dalam hampir pupus dan ianya terpelihara dengan akta undang - undang hidupan liar.

Dari 11500 imej yang berjaya di rakam di Taman Negara Endau-Rompin, hanya 3 darinya menunjukkan imej haiwan ini.

P/S:- Gambar diambil dari laman sesawang sumber

0 Komen disini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...