Insomnia merupakan salah satu lagi penyakit tidur selain sleep apnea. Pernah saya terbaca dalam majalah Mastika, seorang penderita insomnia tidak dapat tidur dalam masa 20 tahun!, keadaan ini sangat krikital kerana badan kita perlukan rehat semasa waktu tidur.
Antara simptom mereka yang mengalami insomnia ialah, kesukaran untuk tidur walaupun sudah berjam - jam diatas katil. Selain itu penghidap gangguan tidur ini akan terjaga ketika tidur dan sukar untuk tidur kembali, Bangun terlalu awal diwaktu pagi dan badan berasa keletihan setelah bangun dari tidur. Serta simptom yang paling ketara ialah badan terasa keletihan di waktu siang seperti tidak mendapat tidur yang cukup.
Mari pula kita lihat apakah faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu menghidap gangguan insomnia. Faktor yang dilihat paling utama ialah berkaitan dengan emosi iaitu stress atau tekanan, persekitaran tempat tidur yang tidak sesuai seperti terlalu banyak bunyi bising, terlalu terang dan suhu yang tidak menyelesakan. Selain itu, perubahan waktu tidur juga mendorong kepada keadaan insomnia, malah pengambilan ubat untuk rawatan penyakit turut boleh menyumbang kepada gangguan insomnia.
Bagi anda yang merasakan anda mengalami gangguan insomnia ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk menghindar keadaan ini. Pertamanya buat jadual tidur yang sesuai, elakkan tidur petang dan aktiviti yang tidak sesuai sebelum tidur, Keduanya elakkan meminum kafein atau merokok terutamanya sejurus sebelum tidur. Ketiganya bersenam ketika hari siang dan bukannya pada lewat petang. Keempat elakkan pengambilan alkohol. kurangkan bunyi bising dan malapkan lampu ketika tidur, pastikan juga ruang tidur anda berada dalam suhu yang sesuai, dan yang paling utama jangan makan hidangan yang berat sebelum tidur.
p/s:- insomnia juga adalah penyakit tersampuk mambang tidur! ( buat lawak tak kelako )
4 Komen disini:
hi... :) keep blogging
bkan insomnia... hehe.. pagi sebelom tuh bangun lambat...
memang xleh nak tido r... hehehe
huhuhu aku penah kena penyakit nii... mlm2 dpt tido 1-2 jam jer..... tp skang ni dah okk
kalau tlebey suke tdo plk ape nama penyakit tu ek??? boley tolong google kan x? sbb setau akak le, ramai yg kene pnyakit tu dari insomnia ni..hehehe..
Catat Ulasan