Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Jumaat, 16 April 2010
1


Berita baik buat mereka yang meminati ketokohan Tun Dr Mahathir kerana Istana Budaya akan mementaskan sebuah pementasan muzikal menurut biografi hidup Tun Dr Mahathir Mohamad disana pada 24 September sehingga 4 Oktober tahun ini.

Menurut Mohamad Juhari Shaarani, pementasan ini sebagai menghargai jasa budi Tun Dr Mahathir dalam memajukan dan membangunkan negara ini sepanjang tempoh pimpinannya.

Ia merupakan suatu pementasan muzikal yang unik kerana ia mementaskan biografi mereka yang masih hidup. Menurutnya lagi, pementasan muzikal ini membawa kita mengembara dari zaman beliau kecil, semasa beliau menjadi perdana menteri sehingga zaman persaraannya sekarang.

Naskah pementasan ini ditulis dan digarap oleh Ismail Kassan bersama Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ngah sebagai pengarah muzik, manakala Rosminah Mohd Tahir bertindak sebagai pengarah pentas.

1 Komen disini:

kak cabai berkata...

salam dik, kak cabai sokong pementasan itu, sebab kak cabai sangat hargai jasa tun. Lagipun tun pun orang satu negeri dgn kak cabai..he.he.he...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...