Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Isnin, 26 April 2010
5


F1-Simulator-300x200

Salam ziarah!, ayat biasa saya semasa membuat blog walking. Anda peminat F1?, kalau anda minat, anda harus membaca post gajet ini. Cruden sebuah syarikat pembuat simulator telah membina sebuah simulator F1 yang bernilai lebih dari 120 000 pound atau dalam matawang Malaysia ialah RM 575 500!. Lebih dari setengah juta tu!.

Simulator F1 ini dikenali dengan nama Hexatech. Simulator ini boleh memberi pengamalan yang lebih kurang sama dengan pemanduan F1 yang sebenar dari segi tekanan graviti dan dari segi suspension.

Simulator F1 ini turut disertakan dengan 3 paparan skrin berdimensi 42 inci dan projektor stereo yang memberi rasa realistik dalam pemanduan. Anda juga boleh mengkonfigurasikan samada satu kerusi sehingga 3 bersama kokpit terbuka atau dengan kit badan yang lain.

Simulator F1 ini juga memerlukan bekalan kuasa 5KW perjam dan ruang berkeluasan 2.3M x 3M dan ketinggian siling 3M serta lantai yang boleh menampung berat 1000KG atau 1 tan. Mak aih, beratnya simulator F1 ini!.

F1-Simulator-Screens

p/s:- Kumpul duit nak beli benda ni, sehari seposen.

5 Komen disini:

SheyPull berkata...

huhuh best nye...
nak letak kat bilik saye 1 boleh..:)

Hafiz Yusof berkata...

gempak la benda ni,,

kalau sehari seposen ..boleh2..hehehhe..doakan boleh

Rafi Harumin berkata...

kalau lah ade.. konfem tak bangun2...

akuvision berkata...

huhuh...layankan ps2 je la jawabnya, mahal tu

FCUTEAM berkata...

bestnye kalau dapat satu kat umah... hikhik


nak tahu komen u kat entry i plak..hikhik >>AKU PERNAH JADI BLOGGER TAK GUNA!! Miahaha.. AKU TAK BANGGA PUN..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...