Antara tanda – tandanya ialah :-
- Otot sakit :- kesakitan pada otot leher kerana terlalu lama menghadap komputer dianggap satu simptom stress. Jika keadaan ini berlaku langkah yang anda perlu ambil ialah cuba bernafas secara tenang, dalam dan fokus kepada bahagian yang terasa sakit antara 5 hingga 10 nafas dan untuk bahagian leher urut secara perlahan singgah otot terasa sedikit lega.
- Mata letih :-
Keadaan ini sering berlaku di kalangan pelajar yang perlu mengadap buku lagi – lagi apabila menjelang peperiksaan, jika keadaan ini berlaku cuba anda pejamkan mata untuk seketika dan bayangkan keadaan yang indah contohnya tempat yang menyeronokkan bagi diri kamu. Jika ia berlaku kerana anda mengadap skrin komputer cuba rehat dengan memandang landskap yang indah. - Ruam pada kulit :-
Ini mungkin pelik bagi anda, tetapi memang benar kulit boleh bertindak sebagai barometer dalam menyukat tahap stress anda. Ruam stress sering berlaku pada perut, belakang badan, lengan dan juga muka. ini disebabkan sistem imun tubuh kita melepaskan histamin yang menyebabkan kegatalan seterusnya apabila bigaru menjadi ruam. Bernafaslah dengan meletak tangan di perut dan bernafas dengan perlahan – lahan. - Kaviti :-
Kaviti yang berlaku pada gigi juga boleh memberi makna yang kamu sering mengalami stress. Tahukah anda mereka yang selalu mengetap bibir kerana stress akan merosakkan gigi dan seterusnya memberi persekitaran untuk kaviti berlaku. Jika kamu stress jangan mengetap gigi tetapi ambillah pen dan tulis luahan rasa pada kertas, paling tidak pun tulislah ‘entry’ di blog dan luahkannya. - Rasa mual :-
Bukan orang mengandung sahaja akan merasa keadaan ini, tetapi mereka yang mengalami stress juga. Pernahkah anda lihat dalam filem orang merasa mual ketika ingin naik ke pentas, itulah keadaan dimana mereka berasa stress dan berdarah gemuruh. Jika keadaan ini berlaku cuba lalukan air paip di jari jemari kamu, rasa mual di perut anda mungkin akan hilang. - Sering terlupa :-
Keadaan ini berlaku apabila kamu terasa stress ketika lambat untuk pergi ke sesuatu tempat, kamu sering terlupa di mana letak kunci kereta, kasut kamu dimana dan juga stoking. Jadi bernafaslah secara tenang untuk hilangkan stress itu. - Keliru ;-
Kamu tidak boleh membuat pilihan, stress membawa kamu hilang tumpuan dan kurang fokus. Hilangkan stress kamu dengan mengeluarkan peluh, keputusannya kamu akan rasa sedikit lega.
5 Komen disini:
Ohh bagus artikel ni,
ada kaitan tak dgn byk jerawat keluar n gastrik,tu some of the simptom jugak tak?
ehehe aku vision,haruske ltk kat biodata seorang yang masih bujang,ada pape ke?;P
ske en3 ko ini..berinfo.. btw, tq for sharing.
terima kasih sudi berkomentar
bira rasa..artikel ni btol..hehe..
slalu gak jadi..
Catat Ulasan