Daerah Qinghai yang terletak di utara negara China dilanda gempa bumi berskala 7.1 Ritcher sekitar pukul 7.49 pagi waktu tempatan. Diberitakan gempa bumi yang melanda itu mengakibatkan sekurang - kurangnya 300 kemalangan jiwa dan lebih 8000 orang cedera dan masih terperangkap dibawah runtuhan akibat gempa bumi.
Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Rangkaian Gempa Bumi China,kawasan yang terjejas teruk adalah di pekan Yushu iaitu sebuah penempatan terpencil di kawasan pergunungan yang dihuni lebih 80000 populasi yang kebanyakkan terdiri dari golongan pengembala dan petani dari kaum etnik Tibet.
Yushu kaya dengan hasil galian, dan disini terdapat lombong arang batu, lombong tembaga, lombong tin dan juga terdapatnya gas asli.Disebabkan faktor - faktor ini juga usaha menyelamat dilihat sukar.
1 Komen disini:
simpati pada mereka
Catat Ulasan