Mengikut sesetengah pandangan diet semata - mata bukanlah cara untuk anda mengurangkan berat badan kerana diet selalu menjadi rejim aturan makanan yang sementara maka hasil yang diperolehi juga bersifat demikian.
Ramai di antara pengamal diet bermasalah mengawal berat badan kerana berat mereka akan naik semula setelah kembali kepada cara pemakanan yang lama. Penurunan berat badan hanya akan berjaya jika kita membuat perubahan. Tukar amalan yang lama dengan amalan yang lebih sihat. Dibawah ini diberikan 5 cara:-
- Bersenam:-
Aktiviti fizikal yang dilakukan secara rutin akan membakar lemak dan membentuk otot, dimana ia akan memberi faedah kepada tubuh dalam masa yang sama ia turut menurunkan berat anda. Jika otot terbina di badan anda ia akan turut membakar lemak walau ketika anda tidak bersenam. - Kurangkan masa menonton TV:-
Lakukan aktiviti beriadah yang menyihatkan. Boleh menonton Tv, tapi kurangkan masa yang diperuntukkan. Keluar berjalan ke taman atau sekeliling rumah anda. - Perhatikan jumlah hidangan anda:-
Saiz hidangan semakin bertambah lewat satu dekad ini, dan pertambahan kalori ini menyumbang kepada obesiti. Pada sesetengah pendapat pakar nutrisi, saiz satu hidangan ialah sebesar tapak tangan kamu. Kurangkan minuman bergas yang mengandungi banyak gula ( satu tin minuman bergas = 15 sudu gula ). Banyakkan minum air kosong dan elakkan minuman yang mengandungi kadar gula tinggi. - Ambil 5 hidangan sayur dan buah:-
Sayur dan buah bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral, tetapi ia juga tinggi serat yang membantu anda kenyang. Maka dengan ini kamu kurang mengambil makanan yang tinggi kadar kalori. - Ambil sarapan:-
Sarapan diperlukan untuk metabolisme anda, membakar kalori dan untuk sumber tenaga anda di siang hari. Mereka yang tidak mengambil sarapan cenderung untuk makan dengan banyak semasa makan tengah hari. Mengikut kajian juga, mereka yang tidak mengambil sarapan selalunya mempunyai kadar BMI yang tinggi.
4 Komen disini:
tima ksh tips yg best...
bersenam itu lg better dr ambik pil kurus ;)
semogo rakyat Malaysia bertambah sihat!
wahh.. bestnyer.. tapi bnyak kos nk diet nih.. hehe.. slurpee for you.. =D
Catat Ulasan