Saya terbaca satu berita lama semalam yang menarik perhatian, iaitu ribuan selipar akan menyambut kedatangan Tony Blair ke Malaysia. Siapa Tony Blair?, anda kenal?. Beliau merupakan bekas perdana menteri Britain.
Berita dari Bernama semalam menyatakan, ribuan selipar bakal menyambut kedatangan Blair jika beliau berani menjejakkan kaki di bumi Malaysia minggu ini. Datuk Ibrahim Ali, presiden bagi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengeluarkan kata - kata ini berikutan kunjungan Blair ke negara ini.
Disertai dengan lebih 50 wakil dari badan bukan kerajaan (NGO), Ibrahim menyeru supaya NGO yang lain turut menyokong kata - katanya dengan membuat hebahan di 'facebook' dan 'twitter' dan membuat bantahan terhadap lawatan Blair itu nanti.
Blair akan berkunjung ke Malayasia untuk berucap di sebuah kongress perniagaan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat yang diberi nama Succes Recources Company pada tanggal 24 April ini. Tindakan Perkasa ini turut mendapat sokongan dari pengerusi Organisasi Keamanan Global Perdana (Perdana Global Peace Organisation PGPO) iaitu Tun Dr Mahathir.
Tindakan menyambut Blair dengan selipar ini adalah kerana, Blair merupakan sekutu yang berkerjasama dengan kerajaan Amerika semasa perang di Iraq tahun 2003 lalu, dimana perang itu mengorbankan lebih dari satu juta nyawa rakyat Iraq.
Badan bukan kerajaan yang menyokong perihal ini turut memujuk syarikat yang menjemput Blair ke Malaysia untuk menarik balik undangan dengan petisyen yang ditandatangan secara talian di www.perdana4peace.org yang dibuka semenjak minggu lepas. Jadi apa lagi, mari kita tanda tangan petisyen!, klik link yang disebut atau gambar dibawah ini.
1 Komen disini:
hye
salam perkenalam!!
i follow u..
Catat Ulasan