MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Selasa, 27 April 2010
9


1261555_apples_in_basket

Khasiat buah epal, tahukah anda mereka yang menghidap kanser disarankan untuk memakan buah epal. Walaupun epal bukan merupakan buah tempatan tetapi ianya sering menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai pencuci mulut (cara orang kita makan buah lepas makan nasi sebenarnya salah, patut makan buah dulu).

Pagi ini saya ingin berbicara mengenai khasiat buah epal ini, buah epal kaya dengan nutrien. Pertamanya ianya kaya dengan sumber antioksida iaitu flavanoid dan folifenel. Menurut kajian juga memakan 100 gram epal boleh memberi faedah antioksida berbanding pengambilan 1500 mg vitamin C.

Epal juga mengandungi jumlah mineral dan vitamin yang tinggi untuk memperkuatkan darah, ia turut memepunyai asid malic dan asid tartarik yang mencegah gangguan terhadap hati dan organ pencernaan manusia. Cuka epal juga dilihat boleh mencegah pembentukan batu karang.

Kulit epal mempunyai mineral pectin yang boleh menyingkirkan toksik dengan membekalkan asid galakturonik. Pectin juga dilihat mencegah protein dalam tubuh daripada rosak. Pemakanan epal pada setiap hari turut juga membantu dalam menurunkan kadar kolestrol dan mengurangkan penyakit berkaitan kulit.

Pengambilan buah epal disyorkan kepada mereka yang mempunyai penyakit seperti Obesiti, pening kepala, atritis, asma, sakit berkaitan usus, gonorea, anemia, TB, neuritis, insomnia dan bermacam lagi!. Epal buah yang juga dianggap ajaib.

1167998_85423922

p/s:- Nak buat jus epal la pagi ni, siapa nak?

9 Komen disini:

Aini berkata...

Bak kata pepatah, "An apple a day, keeps the doctor away".

So, marilah kita makan apple beramai-ramai...

*boleh kurus gaks tuh!!! Best! Best!

AiZ berkata...

i like green apple..!! yeehaa!!.. red apple tu kurang sikit... manis sangat..

komen entry i juga ye.. klik laju-laju link nih >>BLOGGER-BLOGGER YANG SUSAH DAPAT DAN BAGI KOMEN!! YEEHA!! MARI SAYA TUNJUKKAN CARANYA..



IDEAlogyc Admin:Al-Hadi berkata...

yap..aku setuju nak2 bila makan apple hijau..mmg masam...tp terasa "ubatnya"

nabilah_2908 berkata...

hrumm...tk gemar green apple... ;)

yer ke ada buat jus epal pagi ni..nak sikit boleh..? hehe.. ;)

Ummi Fitrah berkata...

Petua orang, kalau nak awet muda, amalkan makan epal hijau setiap malam.

nand nasyari berkata...

mahu2.!!! ;D

tot tot kecik berkata...

salam..

baru tahu makan epal pn bleh..

selain tu makan sarapan waktu pagi2 pn bleh..

sugar2 kapas strawberry berkata...

sy suke epal hijau..
hihi..tp akk sy xkasi mkn sgt epal hijau..
katany x elok.
statement mana nth dia ambik
tp sy mkn gak :)

abcmilo berkata...

saya mmg suka epal...
apple pie...apple juice...buah apple...
tart apple..alalala
tp ini apple ijau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...