Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Isnin, 19 April 2010
10



Siapa pernah tidur menekap di meja kelas masa zaman sekolah dulu?. Lagi - lagi mereka yang tinggal dekat asrama tidur masa kelas 'prep' malam, paling tidak pun mereka yang tidur menekap di meja pejabat waktu rehat tengahari. Anda mesti pernah merasa sindrom tangan kebas akibat menjadikan tangan sebagai bantal. Masih ingat lagi bukan?.

Tapi jangan bimbang, kerana hari ini saya akan beritakan satu bantal moden yang direka khas untuk mencegah kejadian tangan kebas dari berlaku. Lihat gambar diatas, anda faham maksud langkah pencegahan yang saya maksudkan. Bantal terkini yang berbentuk unik ini dikenali dengan nama "Arm Sleeper's Pillow", menyediakan lubang istimewa untuk anda melunjurkan tangan tanpa perlu merasa kebas selepas bangun dari tidur.

Menarik bukan?, tetapi harganya agak mahal untuk sebuah bantal iaitu USD99.95 atau RM314.04. Namun ianya bagus untuk kualiti tidur anda lagi - lagi di malam hari, dan mereka yang suka tidur menekap di meja.

P/S:- Kebas atau sesemut?, rasanya sama je kut!

10 Komen disini:

Melatidaisy berkata...

"tidur masa prep malam" - menggamit memori :)

akuvision berkata...

uhuhu same to me

Mrs. Q! berkata...

best. best. kat Malaysia dah ade ke blom mende ni?

Khir berkata...

rindu nak tidur masa prep malam ;)

nasikputeh berkata...

ni baru betul tdor berbantal lengan..

akuvision berkata...

blom lagi, search la kat internet hehehe

petisuara berkata...

ini bantal mmg terbaik la weh!!mmg nk kne beli

si para para berkata...

waa cool..nk kena cari jgk dua ni..

farah. pa'in. achik. ain .mOk . berkata...

hehe pai sekarang eventhOugh ats katil pOn suke gak tdo camni;p

Syahrul Iman berkata...

jual kat student asrama mesti laku nie..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...