Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Sabtu, 3 April 2010
0


Ingat lagi wanita yang dijatuhkan hukuman sebat kerana meminum minuman keras di khalayak ramai?, Kartika Sari Dewi Shukarno. Hukuman 6 sebatan yang dijatuhkan terhadapnya ditukarkan kepada berkerja selama 3 minggu di salah sebuah rumah kebajikan kanak - kanak sehingga 23 April nanti.

Seperti yang kita tahu, hukuman sebat yang dijatuhkan terhadapnya memdapat reaksi yang pelbagai dari badan - badan hak asasi manusia, ada yang menyokong dan membantah walaupun Kartika sendiri merelakan hukuman itu. Atas arahan Sultan Pahang, hukuman sebat itu digugurkan lalu digantikan dengan kerja - kerja komuniti.

Apa pendapat anda tentang hal ini?, bagi Persatuan Peguam Syariah Malaysia, mereka berasa sedikit kecewa dengan perihal yang berlaku. Bak kata mereka hukuman sebat melalui hukum syarie berbeza dengan sivil dan ianya di lakukan bukan untuk memalukan pihak pesalah tapi lebih kepada memberi pengajaran dan tauladan.

0 Komen disini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...