Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Sabtu, 17 April 2010
1


banana

Tahukah kamu khasiat buah pisang?, pernah saya terbaca satu artikel dalam sebuah majalah kesihatan menjelaskan bahawa seseorang itu digalakkan memakan buah pisang sekurang – kurangnya sebiji sehari. Buah pisang boleh didapati dalam pelbagai jenis, warna dan juga bentuk. Buah pisang dibuktikan memberi faedah kepada badan melalui kandungan vitamin dan mineralnya.

Buah pisang di kenali sebagai sumber potasium semulajadi, potasium amat penting buah tubuh badan manusia kerana ia mengekalkan cecair dalam badan dan sebagai elektrolit yang menyeimbang sel tubuh dan mengawal tekanan darah anda. Potasium juga perlu untuk mengurangkan risiko serangan strok. Kandungan buah pisang yang kaya dengan potasium dan rendah garam sesuai untuk mereka yang menderita masalah darah tinggi dan perlu mengawal pengambilan garam. Kajian juga menunjukkan potasium dapat meningkatkan kecekapan seseorang. Potasium juga dilihat boleh mengurangkan kadar degup jantung yang terlalu laju. Saiz pisang yang sederhana mempunyai sekurang – kurangnya 450 mg potasium.

Pisang juga dilihat kaya dengan vitamin, pisang bersaiz besar kaya dengan vitamin A. Vitamin A diperlukan untuk pembentukan tisu mata. Ia juga perlu untuk pertumbuhan tisu kulit. Pisang juga mempunyai vitamin B dalam bentuk Thiamine, Riboflavin, Niacin dan asid folid. Ini diperlukan untuk sistem saraf manusia. Ia turut juga mempunyai vitamin C dalam jumlah yang kecil.

Selain itu pisang turut bertindak sebagai elektrolisis. Elektrolisis terdiri dari magnesium, potasium dan kalsium. Seperti diterangkan diatas ianya diperlukan untuk mengawal cecair dalam tubuh dan mengelakkan kekurangan air untuk tubuh. Jadi pengambilan pisang dalam diet amat penting dan pada mereka yang menderita buasir.

Ia turut mempunyai kandungan Iron, yang mana ia membantu dalam membentuk hemoglobin dan sesuai untuk mereka yang menderita anemia. Jadi mari kita mulakan hari ini dengan memakan buah pisang!.

1 Komen disini:

sugar2 kapas strawberry berkata...

pnh mkn x gulai pisang???sdppp ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...