Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Ahad, 18 April 2010
1


lapangan terbang kkk

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pagi tadi ditutup selama 2 jam iaitu kira – kira pukul 7.20 pagi berikutan dengan penemuan sebutir bom yang dipercayai dari zaman Perang Dunia ke II. Pengarah Operas LTAKK, Asbi Mohd Zaid berkata penutupan tersebut menyebabkan kelewatan 19 kapal terbang MAS dan Air Asia berlepas dan mendarat.

Lapangan terbang dibuka semula pada pukul 9.20 pagi dan keadaan kembali normal. Sementara itu ketua polis daerah Kota Kinabalu ACP Ahmad Sofi Zakaria berkata bom tersebut dijumpai pada pukul 6 pagi oleh pekerja pembinaan semasa sedang menggali lubang di penghujung landasan lapangan terbang.

Berikutan itu, unit pemusnah bom polis dipanggil dan bom tersebut di pindah ke kawasan yang lebih selamat dan di nyah fius 3 jam kemudian.

Nasib baik la selama ni bom tu tak tiba – tiba meletup, kalau tak nahas !

1 Komen disini:

Rafi Harumin berkata...

owh... ada bom di sana? laaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...