Apakah itu terapi ketawa?, terapi ketawa ialah satu bentuk terapi yang digunakan untuk memberi dan merawat kesedihan dan juga untuk tujuan kesihatan. Terapi ketawa juga disebut sebagai terapi humor. Pernah dengar ungkapan "ketawa ubat yang terbaik"( laughter is a best medicine ).
Semua manusia dilahirkan dengan nikmat ketawa, dan ianya boleh dianggap satu reaksi emosi yang boleh berjangkit dari satu individu ke individu yang lain. ia menyatukan semua orang dan membuatkan seseorang itu lebih bertenaga dan bersemangat. Ketawa turut juga diterima pakai sebagai salah satu bentuk terapi perubatan yang diterima pakai dalam proses merawat pesakit.
Telah sekian lama ketawa atau humor digunakan dalam dunia perubatan, contohnya pada kurun ke 13 sebelum terciptanya ubat pelali, pakar pembedah menggunakan humor sebagai strategi untuk pesakit tidak merasa sakit. Pada kurun ke 20 pula, kajian saintifik menunjukkan kaitan ketawa atau humor ada kesannya terhadap kesihatan fizikal.
Norman Cousins, seorang individu yang mempunyai impak yang besar dalam terapi humor. Norman yang telah sekian lama menderita sakit dari penyakit yang serius mendakwa dirinya sudah sembuh apabila mengamalkan satu regim rawatan dengan menggabungkan vitamin dan ketawa, dan di dalam bukunya yang bertajuk “Anatomy of an Illness” Norman menggambarkan menonton filem komedi membantu beliau sembuh.
Dalam kajian yang terdekat, para pengkaji mula menerokai faedah terapi ini dengan mengkaji dan menilai terhadap sekumpulan perserta kajian, dan kajian menunjukkan ketawa meringankan kesihatan, melegakan tekanan atau stress dan meningkatkan sistem imun peserta kajian.
Malah kebanyakkan hospital di luar negara mengadakan program terapi humor sebagai rawatan tambahan untuk merawat kesakitan, malah jurnal kesihatan turut mengiktiraf terapi ketawa atau humor boleh memperbaiki kualiti kidup pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kanser.
Antara kesan terapi ketawa ialah:-
- Meningkatkan sistem imun.
- Meningkatkan pengambilan oksigen.
- Bagus untuk jantung dan paru - paru.
- Merelakskan otot keseluruhan badan.
- Merembeskan endorfin (berfungsi sebagai ubat tahan sakit semulajadi).
- Melegkan penghadaman dan sakit perut.
- Merawat kesakitan
- Menyeimbangkan tekanan darah.
- Meningkatkan fungsi mental (kecekapan, memori dan kreativiti)
- Meningkatkan kualiti hidup.
p/s:- Teringat pula filem Patch Adams, kisah doktor yang menggunakan humor kepada pesakitnya dan ianya kisah benar!.
10 Komen disini:
tgk cite kartun lau nk gelak sakan..hahahah
bc lawak2 ke kn??
hihi..mo ny berair mata nih ;)
ketawa sorang2 sat g org kata gila plak....gena tu...
sya suka ketawa.. mmg btol2 leh ilangkan stress. tp biasanya org x twu bila sya sedih..hurmm =)
sy suke tgk citer variety show yg buatkan sy ketawa..lps 2 mesti mood sy akan ok spnjang hari..he3
tertawa memang bagus untuk kesehatan ~_~
ketawa2 selalu... :)
saya ketawa selalu bila tengok sitkom F.R.I.E.N.D.S
erkk.kdg2 ketawa wat kite leka..wat kita senang hati n make our life meaningfull..laugh everyone.hehe
ketawa kena pada tempat dan masa jugak, jgn masa pegi ziarah kubur pun nak ketawa
entry yg menarik. sy juga pernah terbaca artikel ttg ketawa yg bleh melambatkan proses penuaan(awet muda). Jadi marilah kita ketawa
Catat Ulasan