Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Isnin, 19 April 2010
2


EV-neo_honda1

Dalam isu kepanasan dunia yang sedang hangat didebatkan sekarang, dilihat banyak syarikat industri yang mula buka mata untuk memandang serius isu ini. Bagi syarikat pengeluar pengangkutan, kenderaan yang mesra alam menjadi fokus mereka yang perlu diberi perhatian. Atas hal ini, syarikat Honda turut mengambil peluang ini dalam menghasilkan kenderaan yang mesra alam.

Honda dilihat telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan sebuah motor yang mesra alam, Dengan menggunakan elektrik sebagai janakuasa untuk motor tersebut. Motor yang diberi nama EV-neo ini direka dengan tujuan ianya boleh menggunakan kotak suis yang biasanya terdapat di rumah – rumah kediaman untuk mengecas. Maka ia tidaklah sesukar menggunakan kereta elektrik yang menggunakan stesen khas untuk mengecas. Untuk sekali cas ia mampu bergerak sejauh 30 KM sahaja.

Menggunakan bateri berasakan ion litium ( lithium ion ) yang dihasilkan oleh Toshiba, ia hanya memerlukan tempoh masa selama 20 minit untuk mengecas bateri sebanyak 80% dengan menggunakan bekalan kuasa 200 volt. Motor ini bolehlah dibandingkan dengan motor 50cc yang dijanakan dengan minyak petrol.

Kekangan yang ketara pada motor ini ialah, ianya hanya boleh dipandu sejauh 30 Km dan perlu dicas semula selama 20 minit. Jika honda berjaya meningkatkan lagi keupayaaannya pasti ramai yang mempertimbangkan untuk membelinya.

EV-neo akan mula dijual di Jepun lewat tahun ini iaitu pada bulan Disember, dan pasaran antarabangsa belum diketahui.

P/S :- Teringat pula masa kecil dulu arwah abah saya ada belikan sebuah motor vespa mainan yang guna bateri, mesra alam tu!

2 Komen disini:

Tanpa Nama berkata...

dah lame nak moto
tp ayh salu ckp
"nti kalau tade duit nak isi minyak macam mane??"
lau ade moto nie msti dye dah x ckp macam itu
hehe
boleh belikan untuk chemay??
^______^

sugar2 kapas strawberry berkata...

alolo.comel kot..
hihi...bpe ribu nih?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...