Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Ahad, 4 April 2010
0


Dalam petikan Berita Harian sebelum ini, Datuk Seri Liow Tiong Lai pernah membuat kenyataan bahawa tanda gelombang kedua H1N1 telah dapat dilihat. Meningkatnya pertambahan kes dalam jumlah kumpulan yang besar dan kebanyakan melibatkan gologan pelajar serta institusi.

Menteri Kesihatan memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati - hati dan mendapatkan rawatan jika terdapat tanda - tanda awal pada mereka. Antara langkah pencegahan yang perlu di ambil ialah:-

  • Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
  • Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
  • Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan.
  • Jika berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada ditempat awam yang sesak.
  • Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahanyang perlu diambil.
  • Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.

0 Komen disini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...