Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Sabtu, 24 April 2010
1

Kenapa saya rasa seram sejuk tiba – tiba ni, oh tidak rupanya saya sudah kena tag dengan cik nourul kita ni. Kali pertama kena tag ni, ingatkan boleh elak rupa – rupanya terkena juga. Tapi suka juga rasanya, kira kehadiran saya di dunia blog ni ada juga yang sedari. Terima kasih buat kamu nourul.

Saya kena tag apa?, saya kena tag untuk menceritakan kisah sekeping gambar. Bak kata pepatah Inggeris “picture tell a thousands story”. Tapi mungkin gambar saya ini tidaklah beribu ceritanya, ianya hanya satu cerita yang agak sentimental. Sudah cukup panjang mukadimah post ini. Sebelum kita terus pada gambar, kita lihat dulu antara syarat – syaratnya iaitu:-

  • Pergi ke folder “My Pictures” atau dimana saja anda simpan fail – fail gambar, dan pilih folder ke – 8.
  • Pilih gambar ke – 8 dalam folder tersebut.
  • Buat post mengenai gambar itu berserta cerita disebaliknya.
  • Kemudian cabar atau tag 8 orang jurublog atau rakan blog untuk perkara yang sama.

Ok, itulah antara syarat – syarat yang telah saya ikuti dan hasilnya setelah menjelajah ke folder gambar di dalam komputer saya hasilnya adalah gambar ini:-

akuditag

Kisah disebalik gambar:-

Kalau tak silap saya gambar ini diambil semasa lawatan ke Muzium Negara di Kuala Lumpur. Gambar ini telah diimbas dari gambar filem, jadi kualiti kejelasannya agak kurang. Mereka yang ada di dalam gambar ini dari kiri gambar ialah adik perempuan saya Azlina (seorang jurublog juga), arwah ayah saya En. Aris (Al-Fatihah buat rohnya), adik perempuan bongsu saya bernama Rosnah (sedang menuntut di Australia), saya berbaju putih (gambar goku) sedang memangku adik sepupu saya dan yang kanan sekali arwah mak Pn. Siti Khatijah (Al-Fatihah buat rohnya).

Tamat sesi pengenalan watak didalam gambar, kembali pada ceritanya. Gambar diambil semasa saya berusia 12 tahun, masa tu cuti sekolah darjah 6 (1994) mak dengan ayah serta dua adik saya pergi ke Kuala Lumpur untuk makan angin. Pergi KL masa tu naik bas, kereta ada tapi arwah ayah tak berani nak bawa kereta kerana tidak biasa dengan jalan KL. Jadi kami semua berjalan dengan kereta Pak Su saya, jadi budak lelaki yang saya pangku di dalam gambar di atas adalah anak lelakinya.

Kami menumpang di rumah Pak Su selama tiga hari. Jalan – jalan pergi KL pun kami menaiki kereta Pak Su, seronok masa tu. Tidak silap saya ini adalah tempat pertama kami kunjungi iaitu Muzium Negara. Masuk percuma sebab, kurator Muzium kawan Pak Su saya, Selepas itu kami berkunjung ke Zoo Negara dan Tugu Negara. Saya rasa inilah kali pertama saya pergi KL dan jalan – jalan tempat begini dan kali pertama saya makan KFC (sehingga menjilat jari). Dapat berjalan di KL ni pun atas dasar ayah saya ada urusan di Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera, jadi ada kesempatan arwah ayah bawa kami sekali untuk makan – makan angin.

Satu yang kelakar pada gambar ini ialah, jika dilihat gambar wajah adik saya yang disebelah kiri sekali itu telah dihilangkan, nak tahu kenapa?. Ni kes gaduh adik – beradik masa kecil – kecil dululah. Dengki sana, dengki sini. Entah makhluk manalah yang sanggup buat gambar orang macam tu (adakah saya?, oh tidak?). Namun ini gambar yang menyimpan seribu memori manis bersama saya dengan kedua arwah orang tua saya. Betullah orang kata, gambar boleh menyimpan seribu cerita dalam perspektif yang berbeza.

Tamat bercerita tentang gambar dengan panjang berjela sampai orang pun mengantuk nak baca. Inilah namanya cerita syok sendiri. Sekarang masa yang saya tunggu – tunggu, tag 8 orang. Saya tag:-

  1. Liennasts
  2. Anastasyea
  3. Faheem
  4. HotMaMa
  5. ~ ALIEN ~
  6. MineMixs
  7. ziRaH
  8. sugar2 kapas strawberry
Kamu telah ditag oleh saya, apalagi mari berkongsi cerita!.

p/s:- terbalik sikit kata - kata, "don't love the player, love the game". Hehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...