Google Instant mula diperkenalkan pada minggu lepas oleh Google, dan ianya masih terhad di laman utama Google.com ( untuk Amerika Syarikat ) dan di Google.co.uk ( untuk United Kingdom ) tetapi tidak di laman rangkaiannya yang di negara lain.
Apakah itu Google Instant?, Google Instant bukannya sejenis minuman paket segera seperti Tongkat Ali Cafe atau Nescafe 3 in 1. Tetapi ia adalah satu kaedah atau mekanisme yang ditambah baik ke dalam keputusan carian kita di laman utama Google.
Secara utamanya Google Instant akan memaparkan hasil carian anda ketika anda sedang menaip, kira macam carian siaran langsung la tetapi dalam istilah Enjin Carian kita panggil Live Search Result.
Google melancarkan Google Instant kerana dari hasil kajian dibuat oleh pihak Google, manusia menaip lebih lambat berbanding membaca iaitu sekitar 300 milisaat untuk setiap taip di papan kekunci ( keyboard ) tetapi untuk mata anda mengimbas apa yang terpapar di skrin komputer hanya mengambil masa 30 milisaat. Jadi Google Instant dapat menjimatkan masa anda untuk mencari sesuatu.
Seperti Google Wonder Wheel, Google Instant secara asasnya turut membantu anda untuk mencari kata kunci carian yang lebih fleksibel dengan keinginan carian anda. Secara asasnya Google Instant dapat memberi hasil carian Google yang lebih pantas, lebih bijak dan segera seperti Nescafe 3 in 1. Dan yang bagusnya Google Instant tidak mengganggu strategi SEO yang sedang digunapakai untuk laman sesawang atau laman blog anda.
Anda ingin mencuba Google Instant sekarang?, klik pada pautan GOOGLE INSTANT ini atau imej diatas. Dibawah ini ialah video mengenai konsep dan kaedah Google Instant berfungsi dengan lebih terperinci.
4 Komen disini:
bagus google ni
oooo.camtu pulak.. huhu.. macam2
huhu...sonang la mcm tu...thanks 4 d nfo....
nice info. google mcm depan nk buat. hee nice. google ftw :D
Catat Ulasan