MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Rabu, 1 September 2010
14

King-of-fighters-movie

King Of Fighters sebuah lagi filem yang diadaptasi dari rangkaian permainan video. Menjejaki langkah filem - filem lain yang turut diadaptasi, diharap filem ini tidak menghampakan seperti filem Dragonball Evolution dan Tekken yang di tayang sebelum ini.

Bakal menemui peminat di pawagam sekitar Malaysia 1 September ini, filem King Of Fighters mengenengahkan bintang – bintang Hollywood seperti Maggie Q yang mendukung watak Mai Shiranui, Sean Farris sebagai Kyo Kusanagi, Will Yun Lee sebagai Iori Yagami, David Leitch sebagai watak Terry Bogard, Sam Hargrave sebagai Ryo Sakazaki dan ramai lagi yang mendukung watak karakter - karakter dalam permainan video King Of Fighters.

King Of Fighters mendapat sentuhan dari pengarah Gordon Chan yang sebelum ini pernah mengarah filem 2000 AD ( sebuah filem Hong Kong ) dan skrip untuk filem ini ditulis oleh Rita Augustine serta Matthew Ryan Fischer.

Dibawah ini disediakan filem dan video trailer yang diambil dari laman sesawang Youtube:-

14 Komen disini:

Danial Ikhwan Jaafar berkata...

hmm harap tak menghampakan sangat. berapa banyak cerita2 yang adaptasi dari game tak begitu memuaskan. biasalah, main game macam2 power, effect keluar. tengok movie, tak macam dalam game. =P

akuvision berkata...

jalan cerita kadang - kadang terlalu ringkas dan plot cerita tak diadaptasi dengan sempurna

zulkbo berkata...

السلام عليكم
bertandang lagi..
moga sihat selalu orang
di sini..carilah keberkatan
10 malam terakhir..Insyaallah
ermmm..mesti tonton ni..
nampak menarik..

sastraboy berkata...

err, gua tgk trailer da boring da, ish.

caliph shuriken berkata...

mmg suka tekken & kof ni.. tp klau jadi movie ntah laa..
opps.. movie ni maggie q jadi mai shiranui.. ntah apa penonton nk fokus nti, hukk...

akuvision berkata...

kalau dah mai tu, mesti la trade mark dia yang orang perati. =_="

kyo_9 berkata...

Dragonball Evolution bukan mengecewakan ke bro?? huhu.. tp Tekken not bad, harap2 movie kali nih pon smart gak~

Afif berkata...

Tekken boleh tahan la... Tp ade plak unsur2 yg x sepatutnya..
Harap filem ni bersih lah dari adegan2 yg x berkaitan..

Dan tak mengecewakan..

Sedara, jom kita tukar2 link.. Sy dah follow blog sedara.. =)

Ini blog sy,
http://www.hmalaysia.com

モハマヅ ブッカリ berkata...

aku da tgk cite nie
membosan kan

nie link download die
gmbar clear bukan pawagam format avi

rate
video : 7
audio :7

http://hotfile.com/dl/65875739/b6591b3/espise-tkof-xvid.avi.html

Mr feckry berkata...

layan beb, citer ni

Pencacai Alim berkata...

cam hebat..harap2 best..

akuvision berkata...

kyo:- dragonball memang menghampakan, lari dari expectations kita sebagai peminat.

hazusky berkata...

best2..

Moque ^_^ berkata...

Tgh tunggu neh..den x sabo nak tgk cite neh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...